FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Saturday, October 31, 2009

BATERI TERNYAHCAS

1. Terlupa mematikan suis lampu malam , atau pintu kereta tidak ditutup dengan rapat, atau suis pencucuh dibiarkan terbuka semalaman.

Jika enjin susah dihidupkan, dapatkan seseorang untuk membantu menolak kereta tersebut. Kemudian, masukkan gear kepada gear ketiga, dengan suis kunci pada keadaan ‘ON’. Lepaskan cekam dan tekan injak pendikit, dan enjin dijangka hidup. Sekiranya enjin masih sukar dihidupkan, keluarkan bateri daripada enjin dan cas dengan pengecas bateri.

2. Bateri telah lama tidak digunakan.

Kabel bateri harus ditanggalkan daripada terminal jika kenderaan atau bateri tersebut tidak digunakan dalam tempoh seminggu atau lebih, untuk mengelakkan voltan mengalir balik daripada bateri kepada punca bumi dan melemahkan cas bateri tersebut.

3. Bateri telah sampai ke penghujung hayatnya.

Dalam keadaan tersebut, tiada jalan bagi menyelamatkan bateri itu melainkan dengan yang baru. Apabila hendak menukar bateri kereta anda, gunakan bateri yang sama ampere seperti yang lama sama ada N40 atau N50 bagi enjin petrol (kereta biasa).

Friday, October 30, 2009

BATERI PENYIMPAN

Bateri membekalkan arus elektrik untuk menghidupkan enjin. Bateri juga menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa enjin tidak beroperasi. Bateri dianggap sebagai alat penting dalam peraturan sistem elektrik kenderaan.

Binaan bateri pada asanya merangkumi dua bahagian logam yang direndamkan di dalam asid. Tindakan kimia di antara plat bateri (logam) berupaya menghasilkan asid-plumbum dan dikenali sebagai asid-plumbum.

Binaan bateri terbahagi kepada jenis lazim atau bebas senggaraan sama ada dicas basah atau kering. Untuk mendapatkan servis yang lama daripada sesebuah bateri, kerja memeriksa aras elektrolit, membersihkan endapan karbon daripada terminal dan juga kabel sambungan bateri supaya voltan bateri dapat dialirkan ke komponen-komponen elektrik yang memerlukannya ke tahap maksimum.

Bateri yang didapati lemah atau kurang cas perlu dicas untuk menguatkan lagi sel-sel bateri supaya dapat bertahan dengan lama. Yang berikut merupakan kegagalan yang berlaku pada bateri kenderaan:

a. Bateri ternyahcas.

b. Bateri tidak dapat menyimpan cas dengan lama.

c. Bateri sentiasa memerlukan tambahan air suling.

d. Plat bateri bengkok.

e. Elektrolit berubah warna.

Monday, October 5, 2009

ENJIN BERFUNGSI MELALUI TIGA SILINDER

1. Tanda-tanda enjin berfungsi melalui tiga silinder bagi enjin empat kebuk ialah enjin bergegar, kurang kuasa dan melahu secara tidak konsisten. Terdapat dua jenis kerosakan utama iaitu sama ada satu daripada palam pencucuh telah rosak atau kabel voltan tinggi rosak.

2. Jika ini berlaku, keluarkan palam pencucuh satu per satu. Kemudian, sambungkan ke kabel palam pencucuh, enjin diengkol dan pegang palam pencucuh kira-kira 5mm daripada punca bumi.

3. Perhatikan bunga api. Jika tidak terdapat bunga api semasa enjin diengkol, cabut palam pencucuh daripada kabel dan lakukan sama seperti di atas. Jika terdapat percikan api semasa enjin diengkol, itu menunjukkan palam pencucuh berkenaan telah rosakdan perlu diganti.

4. Kadangkala semasa ujian dibuat, kabel palam pencucuh tertentu hanya mengeluarkan sedikit sahaja bunga api. Jika ini berlaku, berkemungkinan semasa pemasangan kabel tersebut, tukup pengagihnya longgar.

5. Oleh yang demikian, ketatkan pemasangan kabel tersebut pada tukup pengagihnya, dan uji sekali lagi.

6. Jika kabel dalam pencucuh tidak mengeluarkan bunga api semasa enjin diengkol, itu menunjukkan kabel tersebut telah rosak dan perlu ditukar.

Sunday, October 4, 2009

GELUNG PENCUCUH CEPAT PANAS DAN ENJIN TIDAK BEROPERASI DENGAN NORMAL ATAU TIBA-TIBA MATI

1. Tanda-tanda begini menunjukkan cecair dalam tabung gelung pencucuh telah berkurangan selepas lama digunakan, suhu tinggi dan voltan tinggi yang dihasilkan melalui gelung sekunder tidak dapat diserap sepenuhnya disebabkan cecair dalam tabung gelung pencucuh tidak mencukupi.

2. Jika ini berlaku, pastikan bahawa tiada sambungan yang longgar pada kedua-dua terminal gelung pencucuh. Ketatkan jika terdapat kelonggaran pada terminal. Setelah kerja pemeriksaan kelonggaran dibuat tetapi keadaan masih tidak berubah, ini menunjukkan gelung pencucuh telah rosak dan perlu digantikan dengan yang baru.

TIADA PERCIKAN API PADA TITIK SENTUH

1. Apabila enjin tidak dapat dihidupkan, bukalah penutup pengagih, manakala pengunci kereta pada kedudukan ‘ON’.

2. Buka titik sentuh dengan pemutar skru. Sejurus sahaja sentuh dibuka percikan api sepatutnya melompat pada titik sentuh. Tetapi, jika sebaliknya (tiada terdapat percikan api), ia bermakna bekalan voltan daripada bateri tidak sampai ke titik sentuh.

3. Jika ini berlaku, dapatkan jumlah voltan yang terdapat pada bateri dengan menggunakan meter volt. Bateri hendaklah sekurang-kurangnya 9-10 volt. Pastikan wayar dari terminal negetif gelung pencucuh bersambung kepada terminal pengagih.

4. Buka sambungan wayar pada sebelah pengagih dan sentuhkan (kunci ‘ON’) pada punca bumi. Ia mesti mengeluarkan percikan api, dan ini menunjukkan terdapat voltan bekalan sampai kepada titik sentuh.

5. Buka titik sentuh yang dalam keadaan tertutup dengan pemutar skru dan periksa percikan api sekali lagi. Sekiranya masih tidak terdapat percikan api, betulkan sambungan daripada gelung kepada pengagih, elakkan daripada litar pintas terhadap punca bumi.

6. Kemudian, periksa keadaan titik sentuh sama ada lapisan masih baik atau sudah terlalu haus. Jika lapisan sentuh didapati haus, pemilik kereta digalakkan menukarnya dengan yang baru. Laraskan jarak titik sentuh antara 0.35 - 0.55 mm (rujuk pada spesifikasi berdasarkan model enjin).

Saturday, October 3, 2009

SISTEM PENCUCUHAN

1. Tujuan sistem pencucuhan dalam kenderaan adalah untuk mengagihkan voltan. Voltan sejumlah 12 volt daripada bateri melalui gelung utama hingga ke tahap 40 000 Volt melalui gelung sekunder ke palam pencucuh yang melalui kabel voltan tinggi.

2. Ini supaya percikan api dapat meloncat di antara elektrod positif dan elektrod bumi untuk menyalakan campuran bahan api dan angin dalam kebuk pembakaran enjin pada masa yang tertentu.
3. Sistem pencucuhan memainkan peranan yang paling utama pada sesebuah enjin dari segi kuasa, ekonomi dan kawalan pancaran. Sistem pencucuhan mesti menghasilkan voltan tinggi arus elektrik ke silinder mengikut susunan pembakaran yang betul.

4. Sistem ini memerlukan pelbagai jenis senggaraan termasuk menggantikan komponen yang rosak seperti menggantikan palam pencucuh, titik sentuh, tukup pengagih dan menservis bahagian dalam tukup pengagih supaya kuasa enjin berada pada tahap yang maksimum. Bagi enjin yang dipasang dengan sentuh, jarak (larasan) titik sentuh menentukan keupayaan pecutan dan operasi sesebuah kenderaan.

5. Sistem pencucuhan elektronik pula tidak terkecuali daripada kerosakan. Ini juga memerlukan kerja senggaraan yang secukupnya dengan kelengkapan seperti penganalisis enjin, takometer dan lampu pemasaan.

6. Antara masalah yang sering berlaku dalam sistem pencucuh adalah seperti berikut:

a. Tiada percikan api pada titik sentuh.

b. Gelung pencucuh cepat panas dan enjin tidak beroperasi dengan normal atau tiba-tiba mati.

c. Enjin berfungsi melalui tiga silinder.