FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Monday, November 23, 2009

Lampu isyarat tidak berfungsi (tidak menyala)

1. Periksa fius dalam kotak fius. Tukarkan jika ia terbakar dengan jumlah ampere yang sama seperti yang lama.

2. Mentol lampu isyarat rosak.

a. Keluarkan lampu isyarat yang gagal berfungsi dan perhatikan filamennya. Sekiranya filamen tidak putus, tentu ada sebab lain yang menyebabkan lampu isyarat tidak berfungsi. Jika filamen didapati terputus (terbakar), gantikan dengan yang baru.

2. Unit pengelip rosak

a. Ambil pemutar skru dan ketukkan unit pengelip perlahan-lahan untuk membuka titik sentuh yang berkemungkinan telah melekat dan tertutup.

b. Selepas itu, hidupkan enjin dan cuba hidupkan lampu isyarat sekali lagi. Sekiranya ia berfungsi, tindakan selanjutnya tidak diperlukan dan anda telah mengatasi masalah tersebut. Tetapi, sekiranya lampu isyarat masih tidak berfungsi, keluarkan unit pengelip dan gantikan dengan yang baru.

Sunday, November 22, 2009

Lampu brek tidak berfungsi

1. Jika kegagalan berlaku hanya pada lampu, ini mungkin disebabkan oleh mentol, atau dawai yang putus ataupun tidak disambung ke punca bumi.

2. Periksa litar dengan meter pelbagai untuk memastikan keadaan litar dalam keadaan baik. Cabut mentol dan periksa sama ada filamen putus atau sebaliknya. Tukarkan mentol jika ia didapati rosak (filamen putus).

3. Jika terdapat sambungan wayar yang terputus, sambungkan semula wayar yang terputus. Selepas itu, tekan injak brek sekali lagi. Pastikan ia mesti berfungsi (menyala).

Saturday, November 21, 2009

Cahaya lampu terang dan beransur malap semasa enjin laju

1. Perubahan cahaya berlaku pada perubahan keluaran arus daripada pengulang-alik. Semasa enjin laju, bateri sepatutnya mengecas untuk menampung cahaya lampu tetapi sebaliknya cahaya yang digunakan untuk memberi cahaya lampu datang dari pengulang-alik, dan apabila lampu dinyalakan bermakna arus dari pengulang-alik dipaksa menanggung beban. Oleh sebab itulah lampu kurang menyinar.

2. Jika keadaan ini berlaku, bateri perlu ditukar dengan yang baru untuk mengelakkan keadaan yang lebih sulit berlaku seperti enjin sukar untuk dihidupkan kerana kekurangan kuasa bateri (arus).

3. Ketul karbon pada pengulang-alik telah haus berlebihan.

a. Ketul karbon yang dipasang pada pengulang-alik ke pengatur. Semasa ketul karbon masih baru, arus yang dibawa untuk mengecas bateri berada pada tahap maksimum. Walau bagaimanapun, apabila ketul karbon haus setelah lama digunakan, aliran arus daripada pengulang-alik untuk mengecas bateri akan berkurangan. Ini seterusnya menyebabkan bateri tidak dapat dicas dengan sempurna.

b. Jika ini berlaku, tanggalkan terminal bateri dan keluarkan pengulang-alik daripada kenderaan. Lakukan kerja baik pulih ke atas pengulang-alik, dan tukarkan dengan ketul karbon yang baru.

Friday, November 20, 2009

Cahaya lampu malap

1. Bateri tidak cukup cas atau nyahcas, voltan dan arus yang mencukupi tidak disimpan.

a. Gunakan meter volt untuk mengetahui nilai voltan pada bateri tersebut. Seterusnya, gunakan penguji nyahcas tinggi untuk menguji setiap sel bateri berkenaan. Apabila ujian dibuat pada sel bateri penunjuk akan membaca 1-1.5 volt, maksimum 2 volt mengikut keadaan bateri.

b. Jika penunjuk tidak turun semasa ujian dibuat, ini menunjukkan bateri masih baik dan perlu dicas. Sekiranya semasa ujian dilakukan dan penunjuk membaca bacaan yang rendah dan selepas beberapa saat ia terus turun, ini menunjukkan sel bateri telah rosak. Oleh itu, bateri perlu ditukarkan dengan yang baru atau dengan bateri yang masih baik.

2. Pemantul telah usam setelah lama digunakan.

a. Pemantul yang usam menyebabkan kurangnya cahaya lampu (sinaran). Pada masa ini kebanyakan lampu besar menggunakan pemantul dan mentol yang digabungkan sebagai satu unit alur terkedap untuk mengelakkan pemantul terdedah kepada udara atau cecair, dan cepat rosak.

b. Untuk mengatasi masalah ini, tukarkan seunit lampu besar alur terkedap atau tukar mentol bagi lampu yang menggunakan alur tak kedap.

Thursday, November 19, 2009

Lampu tidak menyala

1. Bateri tidak disambung

Jika ini berlaku, periksa penyambungan pada terminal. Ikatkan dengan kukuh menggunakan sepana.

2. Terlalu banyak kerak karbon pada terminal bateri

Jika ini berlaku, keluarkan sambungan bateri dan bersihkan kerak karbon pada terminal dengan air panas. Sekiranya menggunakan kertas pasir untuk membuang karbon, jangan gosok sampai mengurangkan saiz terminal bateri.

3. Saiz lampu mungkin terbakar

Jika ini berlaku, buka kotak fius yang biasanya terletak berdekatan stereng di tepi sebelah kanan tempat duduk pemandu. Perhatikan keadaan fius lampu tersambung. Jika ini terbakar, gantikan fius dengan jumlah ampere yang sama, 15 A.

4. Sambungan lampu ke punca bumi terputus menyebabkan litar tidak lengkap.

Gunakan meter pelbagai untuk memeriksa litar lampu. Sambungkan litar atau wayar yang putus.

5. Filamen mentol mungkin terbakar

Biasanya, jika filamen terbakar, bahagian dalam lampu kelihatan kelabu (gelap) ataupun apabila dilihat dari jarak yang dekat filamen yang putus akan kelihatan. Jika ini berlaku, keluarkan lampu yang mengalami kerosakan daripada kenderaan. Periksa mentol dengan meter pelbagai. Gantikan lampu yang telah rosak dan pasangkan mengikut sambungan terminal yang betul sekiranya terminal dipasang secara tunggal.

Wednesday, November 18, 2009

Sistem lampu

1. Sistem lampu diadakan untuk membantu penglihatan pemandu kenderaan pada waktu malam. Sistem ini juga memberikan pancaran supaya kenderaan dapat dilihat oleh pengguna kenderaan lain di jalan raya untuk tujuan keselamatan.

2. Arus bateri dibekalkan kepada pelbagai komponen elektrik dalam sistem tersebut, terutamanya lampu besar. Kebanyakan lampu besar yang digunakan pada kenderaan mengandungi lampu alur rendah dan lampu alur tinggi yang masing-masing digunakan pada tempat yang tertentu sahaja.

3. Maksudnya di sini ialah lampu alur rendah digunakan pada kedudukan menunduk untuk menyuluh jalan pada jarak dekat, biasanya digunakan pada kedudukan di kawasan yang mempunyai lampu sepanjang jalan. Manakala lampu alur tinggi digunakan untuk menyulih jalan pada jarah jauh, biasanya digunakan di jalan raya yang gelap seperti kawasan luar bandar yang tidak dipasang dengan lampu di sepanjang jalan raya.

4. Kegagalan yang selalu terdapat pada sistem lampu adalah seperti yang berikut:

a. Lampu tidak menyala.

b. Cahaya lampu malap.

c. Cahaya lampu terang dan beransur malap semasa enjin laju.

d. lampu brek tidak berfungsi.

e. lampu isyarat tidak berfungsi (tidak menyala).

Sunday, November 15, 2009

Kedengaran bunyi bising semasa enjin dihidupkan

Gigi pinan haus

1. Keadaan ini menyebabkan pinan tidak dapat bercantum dengan roda tenaga dengan sempurna. Bunyi bising sering berlaku sejurus sahaja pinan hendak bercantum dengan roda tenaga kerana kelonggaran yang berlebihan.

2. Jika ini berlaku, keluarkan motor daripada kenderaan dan tukarkan pinan dan juga sesendal. Pasangkan semula semua komponen dan kemudian pasangkan motor pada enjin. Hidupkan enjin. Sekiranya motor penghidup enggan beroperasi tukarkan motor penghidup dengan yang baru.

Pemasangan motor pada enjin tidak kukuh

1. Setelah lama motor digunakan pada sesebuah enjin, ada kalanya bolt pengikat motor akan longgar. Ini boleh menyebabkan penjajarannya tidak betul.

2. Jika ini berlaku, naikkan kereta tersebut ke atas tanjakan dan periksa keadaan motor. Ikat atau ganti bolt yang longgar, dan hidupkan enjin.

3. Kerosakan pada gegelung angker seperti rintangan terlalu tinggi boleh menyebabkan voltan yang tinggi daripada bateri tidak dapat mengalir dan tidak mampu memusingkan roda tenaga.

Saturday, November 14, 2009

Motor berputar perlahan, sedangkan bateri dalam keadaan baik

1. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh berus karbon yang telah haus berlebihan. Jika ini berlaku, keluarkan motor penghidup daripada kenderaan dan lakukan kerja baik pulih. Periksa keadaan berus karbon.

2.
Jika terdapat kehausan dengan teruk, gantikan berus dengan yang baru. Pasang semula semua komponen dan pasangkan motor pada kenderaan. Sambungkan semua terminal. Hidupkan enjin. Dijangka enjin akan hidup dengan mudah selepas berus karbon digantikan dengan yang baru.

3. Panjang berus karbon yang baru adalah antara 12 -15 mm. Jangan gunakan lagi berus tersebut setelah separuh daripadanya haus.

Friday, November 13, 2009

Motor berputar tetapi pinan tidak terkeluar untuk memusingkan roda tenaga

1. Ia disebabkan oleh pinan melekat pada sarung tempat pinan menggelongsor. Mungkin sarung tersebut tidak dibubuhkan minyak gris semasa melakukan kerja senggaraan.

2. Cara mengatasi masalah seperti ini adalah dengan mengetuk bahagian depan motor penghidup menggunakan tukul kecil atau kayu bagi melepaskan pinan yang tersangkut.

3. Kemudian hidupkan enjin. Dijangka enjin akan hidup dengan mudah. Sekiranya enjin enggan berfungsi, keluarkan motor penghidup daripada enjin, dan bubuh minyak gris di sepanjang sarung untuk melicinkan pergerakan pinan keluar dan masuk semasa ia beroperasi.

Thursday, November 12, 2009

Motor penghidup tidak dapat berputar

1. Bateri tidak menyimpan cas

Voltan bateri mungkin tidak mencukupi untuk memusingkan roda tenaga dan seterusnya menghidupkan enjin. Motor penghidup memerlukan sekurang-kurangnya 10 volt tenaga bateri untuk memusingkan dan menghidupkan enjin. Jika berlaku masalah pada bateri, periksa keadaan bateri dengan alat penguji nyahcas tinggi.

Alat ini digunakan untuk menguji tahap pengekalan cas pada sel-sel bateri. Bateri yang tidak dapat menyimpan cas dengan lama haruslah ditukarkan dengan bateri baru dan mempunyai saiz yang sama.

Tuesday, November 10, 2009

SISTEM PENGHIDUP

1. Sistem penghidup diperlukan untuk menghidupkan enjin. Dalam sistem ini, motor penghidup beroperasi melalui tenaga daripada bateri. Pinan pada motor penghidup akan bercantum dengan gigi gear di roda tenaga sambil memusingkan aci engkol dan seterusnya menghidupkan enjin.

2. Motor penghidup memerlukan sekurang-kurangnya 10 volt kuasa bateri untuk memusingkan roda tenaga dengan sempurna. Sejurus sahaja enjin dapat dihidupkan, pinan akan ditolak keluar dan memutuskan percantuman dengan roda tenaga melalui tekanan daya empar.

3. Motor penghidup dipasang pada perumahan kotak gear pada sesebuah enjin.

4. Oleh sebab motor penghidup di bahagian yang rendah pada bahagian enjin, maka terdapat beberapa kerosakan yang sering berlaku pada sistem ini. Antara kerosakan dalam sistem penghidup yang sering berlaku ialah:

a. Motor penghidup tidak dapat berputar.

b. Motor berputar tetapi pinan tidak terkeluar untuk memusingkan roda tenaga.

c. Motor berputar perlahan, sedangkan bateri dalam keadaan baik.

d. Kedengaran bunyi bising semasa enjin dihidupkan.

Monday, November 9, 2009

Fius selalu terbakar

Pendawaian sistem cas yang terkena pada punca bumi (badan kereta) menyebabkan litar pintas. Jika ini berlaku, ketatkan sambungan yang longgar atau gantikan wayar jika perlu.

Saturday, November 7, 2009

Bateri cas berlebihan

Pengatur voltan tidak dilaras dengan betul (Voltan cas terlalu tinggi). Laraskan voltan cas ke tahap yang berpatutan.

Bateri tidak dapat menyimpan cas

Setelah enjin dihidupkan terdapat tanda-tanda lampu isyarat cas masih menyala. Lakukan ujian pada setiap sel. Sekiranya semasa ujian setiap sel dilakukan, arus didapati berkurangan dengan berterusan, ini menunjukkan bateri sel telah rosak dan bateri perlu ditukar. Jika tahap voltan rendah dan tidak berubah semasa proses pengujian sel, bateri perlu dicas dengan pengecas untuk menguatkan serta menstabilkan arus pada bateri tersebut.

Friday, November 6, 2009

Lampu amaran malap apabila enjin dihidupkan, kembali terang setelah enjin bertambah laju

1. Kemungkinan kabel yang membekalkan arus cas daripada pengulang-alik tercabut atau putus.

Jika ini berlaku, cara mengatasinya adalah dengan membuka bonet kereta dan memeriksa kabel-kabel penyambung yang disambung kepada pengulang-alik dan litar lain. Sambungkan semula jika terdapat kabel yang putus atau tercabut.

2. Diod tidak berfungsi menyebabkan bateri tidak dapat dicas.

Jika ini berlaku, keluarkan pengulang-alik daripada kenderaan, dan lakukan kerja baik pulih pada pengulang-alik tersebut. Lakukan pengujian pada diod dengan meter pelbagai untuk menguji keselanjaran. Sekiranya terdapat keselanjaran pada kedua-dua hala, ini tandanya diod telah rosak dan perlu diganti.

3. Tali sawat longgar atau putus

Periksa tali sawat dan tegangkan ke tahap tegangan 10 - 12 mm. Tukarkan tali sawat yang putus atau yang haus berlebihan.

Thursday, November 5, 2009

SISTEM CAS

1. Sistem cas membekalkan keperluan arus elektrik kepada pelbagai komponen elektrik dan aksesori sesebuah kereta apabila enjin sedang beroperasi. Manakala bateri pula membekalkan arus simpanan sebagaimana yang diperlukan oleh pemandu.

2. Sistem cas termasuk beberapa komponen utama digunakan untuk mengawal dan juga mengawasi arus elektrik supaya arus yang diperlukan pada sistem elektrik sesebuah kenderaan tidaklah terlalu tinggi.

3. Voltan arus ulang-alik yang dihasilkan daripada penjana arus ulang-alik melalui aruhan magnet ditukarkan kepada arus terus dengan alat penukar arus, dinamai diod.

4. Pengulang-alik menambahkan kekuatan kepada bateri dengan cara mengecas semula bateri tersebut ke tahap yang optimum kerana alat-alat elektrik seperti motor penghidup, lampu besar, hon, radio, penyaman udara, dan pengelap cermin yang dipasang pada sesebuah kereta boleh melemahkan bateri yang sedia ada dari segi pengurangan voltan.

5. Voltan cas yang dikeluarkan daripada pengulang-alik adalah antara 12-15 volt. Maka dengan adanya pengulang-alik kuasa cas bateri semasa enjin beroperasi dapat distabilkan.

6. Pengulang-alik dipasang pada kereta bertujuan untuk menggantikan dinamo kerana bentuknya lebih kecil dan dapat mengeluarkan kuasa arus yang tinggi pada kelajuan enjin yang rendah. Oleh sebab pengulang-alik tidak menggunakan penukar tertib untuk menukar arus ulang-alik kepada arus terus maka diod digunakan untuk tujuan tersebut.

7. Diod ialah alat yang amat sensitif yang bertujuan menukarkan arus ulang-alik kepada arus terus, dan berfungsi bagi mengalirkan arus sehala sahaja serta membolehkan bateri tersebut dicas.

8. Diod dalam litar penerusan peka kepada voltan tinggi yang dihasilkan dalam kebanyakan litar beraruhan apabila arus terganggu. Belitan pengulang-alik mempunyai cukup kearuhan dan gangguan mengejut oleh arus yang menghasilkan denyutan mengejut yang boleh merosakkan diod. Oleh hal demikian, perhatian hendaklah diberikan kepada penjagaan pengulang-alik.

9. Terdapat beberapa perkara yang harus diingatkan untuk menjaga keselamatan pengulang -alik daripada rosak, iaitu:

a. Sambungan bateri mestilah dipasang dengan betul mengikut terminal. Terminal negatif mestilah disambung kepada punca bumi atau badan kapal.

b. Jangan cuba untuk menanggalkan kabel (wayar)yang disambungkan kepada pengulang-alik kerana ia boleh menghasilkan percikan api dan merosakkan diod. Bateri tidak akan dicas jika diod tidak berfungsi.

c. Sekiranya hendak membuat kerja mengimpal cara arka pada mana-mana bahagian kereta tersebut, tanggalkan terminal bateri terlebih dahulu bagi mengelakkan diod daripada rosak.

d. Pemasangan punca bateri terus dengan mana-mana terminal pengulang-alik adakah dilarang kerana ia boleh merosakkan komponen-komponen pengulang-alik.

10. Walaupun pada pandangan pemilik kereta bahawa kemungkinan kerosakan pada sistem cas jarang berlaku tetapi perhatian harus diberi sekiranya terdapat kegagalan yang nyata berlaku pada kereta seperti yang berikut:

a. Lampu amaran malap apabila enjin dihidupkan, kembali terang setelah enjin bertambah laju.

b. Bateri tidak dapat menyimpan cas.

c. Bateri cas berlebihan.

d. Fius selalu terbakar.

Sunday, November 1, 2009

ELEKTROLIT BERUBAH WARNA

Setelah bateri digunakan dalam tempoh yang agak lama, plat seta sel-sel akan berubah bentuk dan struktur. Perubahan ini disebabkan oleh suhu dalam bateri yang sentiasa berubah. Kadangkala, sel-sel akan retak, pecah atau sebahagiannya hancur akibat tindak balas kimia, dan ini akan menukarkan warna elektrolit dalam kotak bateri.

Dinasihatkan untuk menukar bateri sekiranya enjin sukar dihidupkan, lampu menyala dengan kurang terang dan komponen elektrik tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kekurangan bekalan voltan daripada bateri.

PLAT BATERI BENGKOK

Sekiranya bateri dicas dengan kadar tinggi pada masa yang berlebihan, haba yang terjana akan menyebabkan plat menjadi bengkok. Ada kalanya cecair elektrolit yang tidak mencukupi semasa bateri dicas boleh menyebabkan plat bateri menjadi bengkok kerana terlalu panas. Oleh itu, pastikan aras elektrolit diperiksa atau air suling ditambah sebelum mencapai paras yang mencukupi bateri dicas.

BATERI SENTIASA MEMERLUKAN TAMBAHAN AIR SULING

Sesebuah bateri yang selalunya memerlukan tambahan air suling menunjukkan kemungkinan berlakunya cas yang berlebihan kerana pengatur voltan yang dilaras terlalu tinggi. Jika ini berlaku, periksa jumlah voltan cas daripada pengatur voltan dengan meter voltan.

BATERI TIDAK DAPAT MENYIMPAN CAS DENGAN LAMA

1. Sukatan nisbah asid sulfurik dengan air suling tidak tepat.

Terlalu banyak kandungan air, atau nisbah asid sulfurik dengan air suling tidak tepat boleh menyebabkan cas tidak boleh disimpan lama. Oleh itu, keluarkan semua cecair daripada bateri sehingga kering, dan gantikan dengan elektrolit (campuran asid sulfurik dengan air suling) yang sedia ada daripada kedai bekalan bateri.

2. Sel-sel bateri telah reput.

Gantikan dengan bateri baru yang sama saiz seperti yang asal.