FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Sunday, April 25, 2010

BUNYI KETUKAN DARI CASIS

1. Casis merupakan himpunan yang membentuk bahagian utama pada suatu kenderaan kecuali badan kenderaan. Maka ketukan yang kedengaran mungkin datang dari penyerap kejutan yang tidak sama panjangnya seperti yang asal.

2. Selalunya bunyi tersebut akan kedengaran selepas penyerap kejutan digantikan. Ini berkemungkinan disebabkan oleh bolt pengikat penyerap kejutan di bahagian atas tidak diikat dengan kuat.

3. Jika ini berlaku, keluarkan penyerap kejutan daripada kenderaan. Tarik aci penyerap yang lama. Pasangkan penyerap baru yang panjangnya sama seperti yang asal. Kemudian, ikat dengan kuat bolt penyerap yang longgar.

Friday, April 23, 2010

KENDERAAN SENGET SEBELAH

1. Penyerap kejutan yang rosak atau yang bocor sebelah boleh menyebabkan kenderaan senget di sebelah yang berkenaan. Oleh itu, apabila hendak menggantikan penyerap kejutan, pemilik kenderaan dinasihatkan supaya menggantikan sekali kedua-dua belah penyerap kejutan supaya kenderaan senget sebelah dapat dielakkan.

2. Penyerap kejutan masa kini sama ada jenis hidraulik atau pun jenis gas, tidak dapat disenggarakan atau diservis kerana kedua-dua jenis penyerap ini adalah jeis kedap cecair atau kedap gas. Apabila rosak penyerap kejutan perlu digantikan dengan yang baru.

Thursday, April 22, 2010

KERETA MELANTUN DI ATAS PERMUKAAN YANG KASAR

PEGAS GEGELUNG LEMAH ATAU PEGAS DAUN PATAH

1. Kebiasaan masalah tersebut disebabkan oleh pegas gegulung yang lemah, ataupun ada antara pegas daun yang patah. Jika ini berlaku, naikkan kenderaan di atas tanjakan dan periksa pegas gegulung dan pegas daun.

2. Goncangan kedua-dua pegas tersebut. Sekiranya kelonggaran yang berlebihan, gantikan pegas yang rosak sahaja (sama ada pegas gegulung atau pegas daun).


BOLT-U LONGGAR ATAU PAD PEMISAH PEGAS DAUN ROSAK

1. Kadangkala bolt-U yang longgar, ataupun pad pemisah antara pegas daun yang sudah rosak boleh menyebabkan kelegaan yang berlebihan antara daun-daun. Ini juga akan menyebabkan lantunan semasa kenderaan terkena lubang atau rintangan di jalan raya.

2. Jika ini berlaku, periksa bolt-U dan ikat dengan kuat. Sekiranya pada pemisah pegas daun rosak, dapatkan satu set yang baru dari kedai alat ganti dan pasangkan antara stiap daun. Pad pemisah ini adalah untuk mengelakkan pegas daun terkena terus dengan daun-daun lain yang seterusnya akan mempercepatkan kerosakan dan kehausan.

Wednesday, April 21, 2010

KEDENGARAN BUNYI KETUKAN DARI PENYERAP KEJUTAN SEMAS KENDERAAN TERKENA LUBANG ATAU RINTANGAN JALAN

1. Kebiasaan bunyi tersebut adalah disebabkan oleh sama ada penebat penyerap kejutan bocor ataupun terdapat kelonggaran pada bolt pengikat serta getah sesendal yang haus secara berlebihan.

2. Jika penyerap kejutan didapati rosak atau bocor, ia hendaklah diganti. Letakkan kenderaan di atas tanjakan dan periksa sesendal dan gantikan sesendal getah yang telah haus.

Tuesday, April 20, 2010

SISTEM GANTUNGAN

1. Sistem gantungan terdiri daripada pegas dan penyerap kejutan yang menyokong bahagian atas pemanduan. Oleh itu, sistem ini membolehkan roda kenderaan sentiasa mencekam pada permukaan jalan raya meskipun permukaan jalan tidak rata.

2. Sistem gantungan masa kini memberikan keselesaan kepada pemandu, penumpang, beban dan muatan yang ditanggung oleh kenderaan tersebut. Komponen-komponen sistem gantungan bertindak sebagai kusyen untuk memberikan keselesaan ketika memandu.
3. Gantungan pada sesebuah kenderaan, iaitu sistem pegas dan bahagian lain yang menyokong bahagian atas sesebuah kenderaan, diadakan dalam perbagai bentuk dan rupa mengikut model kenderaan. Gantungan ini boleh menentukan bagaimana sesebuah kenderaan mengambil selekoh atau membelok, dan juga boleh menentukan berat muatan atau beban yang ditanggung olehnya selamat.

4. Terdapat beberapa jenis sistem gantungan yang dipasang pada pelbagai jenis kereta masa kini termasuk:


a. Sistem pegas gegulung, yang dikawal oleh lengan kawalan, sistem ini mengawal kedudukan pegas sama ada semasa ditekan atau dibebaskan mengikut keadan kenderaan dan permukaan jalan raya.


b. Sistem pegas daun, yang mengambil kejutan daripada bahagian tepi dengan perlahan untuk mengelakkan lantunan yang berlebihan yang boleh merosakkan komponen lain dengan dahsyat.


c. Sistem gantungan angin, yang dipasang dengan beg angin dan pemampat angin untuk mengawal kedudukan omboh, dibuat daripada ketulan getah yang berubah-ubah apabila keadaan diperlukan. Sistem ini banyak digunakan pad kereta buatan Amerika.


d. Sistem bar berkilas, yang dipasang pada lengan kawalan dan anggota silang (bahagian yang dipasang menyilang untuk memperkuat struktur panel dan bahagian rangka kereta) untuk menahan pulasan pada badan kenderaan.
5. Penyerap kejutan ialah peranti yang bekerjasama dengan pegas untuk mengawal pergerakan roda, gandar dan badan kenderaan. Pegas yang tidak dikawal oleh penyerap kejutan akan berkembang dan meneruskan ayunannya mengikut jumlah masa.

6. Memandangkan sistem gantungan mempunyai banyak komponen yang terdedah kepada kejutan, mautan berat dan beban kilasan yang dahsyat maka pelbagai kerosakan sering berlaku dari semasa ke semasa tertumpu kepada sistem ini. Antaranya ialah:


a. Kenderaan berbunyi ketukan dari penyerap kejutan semasa kenderaan terkena lubang atau rintangan jalan.


b. Kereta melantun di atas permukaan yang kasar.


c. Kenderaan senget sebelah.


d. Bunyi ketukan dari casis.

Friday, April 16, 2010

RODA STERENG BERAT UNTUK DIGERAKKAN

Tayar kekurangan angin atau tayar bocor

1. Jika ini berlaku, pam tayar mengikut spesifikasi ataupun hantar tayar tersebut ke kedai tayar untuk dibaiki.

Unit servo bocor atau rosak

1. Jika kenderaan tersebut dpasang dengan stereng kuasa, kebocoran atau kerosakan pada unit servo boleh menyebabkan stereng berat untuk digerakan.

2. Kerosakan seperti ini perlu dibaiki pi pusat servis yang berkebolehan membaiki stereng kuasa kerana kerja pembaikan memerlukan kepakaran yang tertentu.

Thursday, April 15, 2010

KENDERAAN SUKAR DIKAWAL KETIKA MEMANDU

Sambungan Bebola Haus

1. Sambungan bebola yang haus boleh menyebabkan kenderaan sukar dikawal pergerakannya ke kiri atau ke kanan semasa memandu, seterusnya menyebabkan sudut stereng tidak tepat, dan bolt-U longgar.

2. Jika ini berlaku, gantikan cemat agung dengan yang baru. Servis galas roda berkenaan. Bubuh minyak gris pada galas guling tirus, dan pasangkan semula galas pada roda. Ikat nat pengikat roda sehingga roda berkenaan tidak dapat dipusing.

3. Kemudian, longgarkan nat tersebut sebanyak 1/6 pusingan atau 60darjah dan pusingkan roda. Sekiranya galas sudah rosak, roda sukar untuk dipusingkan dan perlu digantikan dengan galas baru. Jika bolt-U didapati longgar, ketatkan nat pengikat sehingga betul-betul ketat.

Tayar Kekurangan Tekanan

1. Masukkan angin pada setiap tayar dengan tekanan yang sederhana. Bagi tayar bersaiz rim 13 inci, tekanannya adalah antara 30-45 psi.

2. Bagi tayar bersaiz rim 12 inci, tekanannya adalah antara 30-35 psi. Tekanan maksimum hanya diperlukan untuk mengelakkan beban tertumpu pada penyerapan kejutan.

Wednesday, April 14, 2010

SISTEM STERENG

1. Stereng memberikan arah kepada pemandu untuk mengawal kenderaan yang dipandunya. Gear dan penghubung stereng digunakan untuk memusingkan roda pada kedua-dua belah kenderaan supaya bergerak dengan licin dan teratur.

2. Stereng dibahagikan kepada dua jenis, iaitu stereng manual dan stereng kuasa. Kebanyakan kenderaan masa kini dipasang dengan stereng manual kerana mudah untuk dibaiki apabila mengalami kerosakan.


3. Stereng kuasa pula menggunakan cecair hidraulik dan mempunyai banyak komponen yang canggih. Walaupun stereng kuasa mempunyai kelebihan kerana boleh dipusing dengan ringan semasa memandu, tetapi dalam masa yang sama, boleh membahayakan keselamatan pemandu dan juga penumpang.


4. Sekiranya stereng itu mengalami kerosakan terutamanya ketika sedang memandu, kenderaan amat sukar untuk dikawal.


5. Penyelarasan roda yang betul dan tepat membolehkan pemandu mengawal roda stereng dengan tepat seperti yang dikehendaki dan membolehkan kenderaan menuju ke arah yang lurus tanpa gangguan.


6. Walaupun stereng kurang mengalami kerosakan, tetapi antara kegagalan yang selalu terdapat pada sistem ini adalah seperti yang berikut:

a. Kenderaan sukar dikawal semasa memandu.

b. Roda stereng berat untuk digerakkan.