FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Monday, March 14, 2011

ROD PENGHUBUNG & ACI ENGKOL

1. Rod penghubung ialah rod yang menyambungkan omboh dengan aci engkol. Panjang rod penghubung sama dengan panjang lejang sesebuah enjin. Ia juga sebagai penggerak bagi pergerakkan salingan enjin. Rod penghubung diperbuat daripada keluli rawatan haba yang ditempa timpa. Tiap-tiap hujung berlubang. Hujung atas dinamakan hujung kecil dengan satu gegasan sesendal, ia disambungkan ke cemat omboh.

2. Hujung bawah pula dihubungkan ke cemat engkol dengan galas belah. Hujung ini dinamakan hujung besar. Hujung ini dipasangkan dengan tudung galas yang terbahagi dua. Ia diboltkan ke jurnal aci engkol dan berpusing, menyebabkan rod penghubung dan omboh bergerak turun naik dalam silinder.


3. Aci engkol menukarkan pergerakan salingan omboh kepada pergerakan pusingan dan digunakan untuk memusing roda. Aci engkol biasanya diperbuat daripada keluli tempa timpa. Kemudian dimesin rapi untuk jurnal utama dan jurnal rod penghubung. Hujung hadapan aci engkol disambungkan ke mekanisme injap dan kapi untuk menggerakkan pam air dalam sistem penyejukan.

4. Hujung belakang aci engkol dihubungkan ke rod tenaga. Engkol offset diseimbangkan dengan agihan berat yang sekata untuk daya imbangan sekata ketika berputar. Jurnal utama menggegaskan aci engkol ke bongkah silinder melalui satu siri galas utama. Jurnal rod penghubung pula mencagakkan rod penghubung.

5. Aci berputar dalam galas utama dan dilincirkan melalui saluran liang gerudi dalam kotak engkol. Saluran liang gerudi dalam aci engkol meluluskan minyak pelincir ke jurnal rod penghubung. Galas tujahan digunakan untuk mencegah pergerakan hujung yang berlebihan.

Saturday, March 12, 2011

JENIS-JENIS GELANG OMBOH

1. Gelang Mampatan

Ia digunakan untuk mencegah kebocoran gas ketika lejang mampatan dan pembakaran. Ia dipasangkan di dalam alur atas dan ditentukan sebagai gelang atas, gelang kedua dan gelang ketiga. Untuk meminimumkan gas bocor, gelang dipasangkan dengan celahan diletakkan pada kedudukan yang berlainan.

2. Gelang Kawalan Minyak

Ia mengawal jumlah pelinciran dinding silinder dengan mengikis minyak berlebihan daripada dinding silinder. Di samping itu, minyak dicegah daripada masuk ke dalam ruang pembakaran. Gelang kawalan minyak mempunyai alur yang berlubang. Pada alur gelang omboh juga tedapat lubang bagi mengalirkan minyak yang masuk berlebihan balik ke takungan.

Wednesday, March 2, 2011

KOMPONEN-KOMPONEN BERGERAK BAGI ENJIN

1. Omboh

Omboh adalah pelocok yang digalas rapi dan bergerak turun dan naik dalam pergerakan salingan di dalam gerek silinder. Fungsi utama omboh ialah untuk memindahkan tenaga yang dibebaskan oleh pengembangan gas dari penyalaan campuran udara dan bahan api ke aci engkol melalui rod penghubung. Oleh sebab omboh ditugaskan dengan kerja yang sukar, beberapa bahan dan rekabentuk dicipta untuk kesesuaian.


2. Omboh Skirt Belah

omboh skirt belah yang direka dengan belahan berbentuk T atau U. Omboh yang terdedah kepada haba akan mengembang dan lubang alur di skirt akan rapat. Ini membolehkan omboh menyelenggara saiz asal dan juga terjadi kelegaan diantara omboh dengan gerek silinder. Ini dapat mengelakkan omboh daripada melekat.

3. Omboh Skirt Gelincir

Skirt pada bahagian bawah lubang cemat omboh dipendekkan. Rekabentuk ini mempunyai dua kebaikan:

a. Berat omboh dapat dikurangkan.
b. Geseran liang dapat dikurangkan oleh itu mengurangkan haus dinding silinder.

4. Omboh Autoterma

Omboh autoterma yang dituang dengan gelang penguat keluli di bahagian atas omboh bagi mengurangkan pengembangan haba.


5. Omboh Bujur

Sisian omboh yang mana cemat omboh disangga lebih tebal berbanding dengan omboh untuk pengembangan lebih ke arah tombol cemat. Untuk membantu mengawal pengembangan, sisi muka tujah omboh di buat lebih kecil garis pusatnya. Ini menjadikan omboh berbentuk elips ketika sejuk.
Apabila omboh panas , ia akan mengembang dan kembali dalam bentuk bulat yang membuat penemuan dengan dinding silinder.

6. Kelegaan Omboh

Kepersisian dimensi merupakan cirri yang penting pada omboh. Omboh terdedah kepada haba. Semasa enjin dikendali, kelegaan yang mencukupi diantara omboh dan dinding silinder adalah perlu. Omboh tidak boleh bertindak sebagai penyendal malah tidak membenarkan tekanan mampatan bocor disebabkan kelegaan berlebihan.

Jika omboh terlalu besar, geseran silinder dan omboh boleh menyebabkan kehilangan kuasa, kehausan berlebihan dan omboh melekat pada dinding silinder jika tidak cukup pelinciran.
Apabila tegasan suhu tidak sekata pada omboh, (contoh: suhu kendalian lebih tinggi di kepala omboh berbanding dengan skirt), kebanyakkan kepala omboh dibuat lebih kecil daripada skirt.
Ini menyebabkan kelegaan berlebihan pada kepala omboh berbanding dengan skirt.

7. Cemat Omboh

Cemat omboh digegaskan ke rod penghubung dan omboh melalui lubang tombol di kedua-dua sisi omboh. Cemat biasanya berlubang untuk mengurangkan berat. Ia diperbuat daripada keluli yang permukaanya dikeraskan dengan rawatan haba. Terdapat tiga cara yang digunakan untuk menyambungkan cemat omboh ke rod penghubung.

a. Cemat Terapung Bebas-Klip lengkung digegaskan dalam alur cetak pada tiap-tiap hujung tombol cemat. Cara ini memberikan omboh bebas dalam tombol dan dalam hujung rod.

b. Cemat Separa Terapung-Cemat omboh diboltkan ke satu hujung kecil rod penghubung.

c. Cemat Pegun-Satu hujung cemat omboh diboltkan ke cemat tombol.

8. Gelang Omboh

Gelang omboh bertindak sebagai sesendal diantara omboh dengan dinding silinder. Tujuan utamanya ialah untuk menanggalkan baki minyak terlonggok di atas dinding silinder dan mencegah minyak daripada masuk ke dalam kebuk kebakaran. Ia juga memindahkan sejumlah besar haba dari omboh ke dinding silinder.

Biasanya gelang ialah jenis belah dan boleh dikembang dan digelincir ke dalam alur di kepala omboh. Garis pusat gelang omboh lebih besar daripada garis pusat omboh yang digunakan. Ini bermakna, apabila gelang dipasangkan ke silinder, gelang omboh termampatdan apabila ia berada di silinder ia megembang dan membuat tekanan ke arak dinding silinder. Gelang omboh diperbuat daripada keluli atau basi tuangan gred tinggi khas.

Untuk mengurangkan kehausan dan mencegah calar dinding silinder, muka gelang dikromkan.

Monday, February 28, 2011

ENJIN PETROL (FOUR STROKE ENGINE)

Enjin dibahagi kepada dua bahagian utama:

1. Pepasangan enjin, yang terdiri daripada bahagian-bahagian utama enjin.
2. Sistem bantu enjin seperti pelinciran, penyejukan, ekzos, bahan api dan sistem elektronik.
3. Pepasangan enjin atau loji kuasa terdiri daripada bongkah silinder, kepala silinder, aci engkol, injap-injap dan bahagian sekutu.

Komponen-komponen Pegun Enjin

1. Bongkah Silinder


Ia biasanya diperbuat daripada besi tuangan, bagi setengah-setengah daripada tuangan aloi aluminium yang mempunyai kebaikan dalam pembinaan enjin iaitu lebih ringan dan menambah pengaliran haba.

Bongkah silinder mengandungi silinder dan jaket air penyejukan. Sebagai tambahan ia menyangga galas untuk aci engkol, aci sesondol dan salur untuk mekanisme injap. Sisi bongkah silinder disediakan dengan pencagak bagi menempatkan alat bantu seperti motor penghidup, penjana arus, pam bahan api dan pengagih.


Silinder

Silinder ialah bekas dimana pembakaran berlaku dan tenaga kimia bahan api ditukar kepada tenaga haba. Apabila omboh bergerak ke atas dan ke bawah di dalam silider, tenaga haba diubah ke tenaga mekanik.

Gerek silinder perlu dimesin rapi dan mempunyai penyudah bulat keliling sempurna. Ada jenis silinder mempunyai sadur krom untuk meminimumkam haus dan mencegah campuran udara bahan api yang dimampatkan dan gas tekanan tinggi bolos diantara silinder dan omboh.

Kotak Engkol dan Takungan Minyak

Aci engkol, digegaskan di bahagian bawah bongkah silinder, dikelilingi dan disangga di dalam kotak galas utama dimana ia dituang berkamil dalam bongkah. Takungan minyak dibentuk daripada plat keluli ditekan. Ia diboltkan ke sisian kotak engkol dengan mengunakan gasket sebagai sesendal untuk mencegah minyak bocor.

Takungan minyak dihubungkan ke pam minyak dan sebagai takung bekal minyak. Pam biasanya dilokasikan di dalam kotak engkol, mengepam minyak dari takungan ke bahagian-bahagian enjin yang bergerak.

Bahagian dalan takungan mempunyai sesekat yang membolehkan takungan membalikkan minyak yang cukup dan mencegah pam minyak jangan kering apabila kenderaan senget. Sesekat juga mencegah minyak membuak apabila enjin berhenti mengejut.

Saturday, February 12, 2011

NO.1 - Work on, not in, Your Business

1. There's one fact that can truly be labeled a blinding flash of the obvious if you're sincere about improving your business. If you wait to have time, you'll never get around to it. Some law of nature always fills our agenda. Practicing kaizen and continuous improvement means you must make time to work on, not just in, your business. You will never have time if you don't make the time.

2. Jack was always too busy working to rethink marketing strategies and to be cultivating potential customers. No amount of pleading by his sales staff could get him away from operations. He believed the company would always have a steady flow of work. When their largest customer defected to a competitor, jack was faced with making a mad scramble to replace the work or be faced with laying off many of his quality workers that he would probably never get back.

3. It's easy to overlook needed improvement today, and it's almost certain you'll look back in time and say, "I wish i had.....,' ' I should have......' and 'Why didn't I.....?' as they'll become part of the "coulda, woulda, shoulda" routine.

Epilogue: Prosrascinationrobs us of a valuable commodity: TIME. Today is the day to begin improving and practicing kaizen.

Tuesday, November 23, 2010

AMALAN UNTUK MENGHINDARKAN DIRI DARIPADA TERKENA SANTAU

SEBELUM MAKAN, PUSING SEDIKIT PINGGAN DAN BACA

JIKA TERDAPAT SANTAU, INSYAALLAH PINGGAN ITU AKAN PECAH DENGAN IZIN ALLAH

Monday, November 15, 2010

EFFECTIVENESS, SKILLS & PRACTICAL EXPERIENCE VS THEORY

A giant ship engine failed. The ship's owners tried one expert after another, but none of them could figure out how to fix the engine.

Then they brought in an old man in his eighties who had been fixing ships since he was a young man. He carried a large bag of tools with him, and when he arrived, he immediately went to work. He inspected the engine very carefully from top to bottom.

Two of the ship's owners were there watching this man and hoping he would know what to do. After looking things over, the old man reached into his bag and pulled out a small hammer. He gently tapped something. Instantly, the engine lurched into life. He carefully put his hammer away. The engine was fixed!

A week later, the owners received a bill from the old man for ten thousand dollars.

"What?!" the owners exclaimed. "He hardly did anything!"

So they wrote the old man a note saying, "Please send us an itemized bill."


The man sent a bill that read:

Tapping with a hammer...... ......... $ 2.00
Knowing where to tap.......... ......... $ 9,998.00

Effort is important, but knowing where to make an effort makes all the difference!

Wednesday, October 13, 2010

BIODATA RASULULLAH SAW

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena
peristiwa tentera bergajah Ab rahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya (Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul- Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)..

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.