FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Thursday, July 29, 2010

Jawapan kepada soalan Guest

Kepada blogger,

1. Sila rujuk nota ogos dan sept tahun 2009 dalam blog ini.
2. Merujuk kepada persoalan yang diberikan, terdapat beberapa kemungkinan yang boleh berlaku diantaranya:

a. Cara pemanduan yang selamat adalah di antara faktor yang boleh menjimatkan minyak. had laju yang sesuai adalah 90km/j, setiap kenaikan 10km/j boleh menyebabkan penggunaan minyak yang banyak kerana minyak diperlukan untuk pembakaran bahan api.

b. Skru pelarasan minyak dan angin tidak diselaraskan dengan betul, ini boleh menyebabkan minyak berlebihan dan kurangnya angin yang memasuki karburetor untuk pembakaran. kedudukan skru pelarasan berada di bahagian belakang karburetor. Untuk mendapat nisbah yang sesuai sebagai pengguna, cara paling mudah ialah melaraskan minyak dan angin kemudian check pada bahagian ekzos. Asap yang keluar mestilah dalam keadaan lembap sedikit barulah di anggap pelarasan pada kadar yang betul. Pelarasan juga boleh dilakukan dengan melihat kadar rpm pada meter. Kebiasaanya rpm berada pada kadar 1000rpm, jadi tambah tolak rpm yang sesuai adalah di antara 800 - 1000 rpm.

c. Jenis kaburetor. Kaburetor yang digunakan adalah jenis biasa ataupun jenis piston. Kaburetor yang menggunakan piston adalah lebih jimat daripada jenis biasa.

d. Keadaan gasket pada bahagian sambungan karburetor yang rosak juga boleh menyebabkan penggunaan minyak yang banyak. Cara utk check gasket adalah dengan membuka bahagian karburetor dan akan nampak gasket di bahagian bawahnya.

e. Karburetor boleh di check dengan mudah sekali iaitu dengan membuka air filter dan membuka skru pada setiap penjuru karburetor. Kos pembaikan untuk karburetor boleh dikategorikan kepada 2, buat sendiri atau pn ke kedai service kereta.

f. Kebiasaannya kedai potong akan menjual karburetor pada harga sekitar rm 150 untuk yang second hand, manakala yang ori dalam lingkungan harga rm 250. kos upah bergantung kepada mekanik service kereta, biasanya kerja untuk menukar karburetor tidaklah begitu sukar, normally kos upah dalam rm 40. kos membaik pulih sendiri tiada.

g. Hopefully keterangan yang diberikan dapat memberikan jawapan. Pengalaman menggunakan satria 1.3 convert enjin 1.5 tahun 96, karburetor jenis piston dan penggunaan minyak rm 10 = 75km. Sekian.

Tuesday, May 11, 2010

BUNGA TAYAR HAUS BERLEBIHAN DI SEBELAH LUAR


1. Keadaan ini disebabkan oleh roda dilaraskan terlalu ke luar, dan menyebabkan bahagian luar tayar bergesel atas jalan raya apabila brek ditekan.

2. Jika ini berlaku, laraskan tayar masuk ke dalam mengikut spesifikasi yang ditetapkan, atau bawa kereta ke kedai melaras roda bagi tujuan tersebut.

Monday, May 10, 2010

BUNGA TAYAR HAUS BERLEBIHAN DI SEBELAH DALAM

1. Keadaan ini disebabkan oleh roda dilaraskan terlalu ke dalam. Apabila brek ditekan, tayar akan bergesel di atas jalan lalu mengakibatkan kehausan yang berlebihan disebelah dalam tayar.

2. Jika ini berlaku, laraskan roda keluar sedikit mengikut spesifikasi yang ditetapkan

Tuesday, May 4, 2010

RODA TANPA TIUB SENTIASA BERKURANGAN ANGIN

Injap pengambilan angin longgar

1. Jika ini berlaku angin akan terkeluar dan tekanan angin pada tayar berkenaan beransur-ansur kurang. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, bubuhkan air sabun pada lubang injap. Sekiranya terdapat buih keluar dari lubang injap, ikatkan dengan pengikat injap.

Kebocoran antara dinding tayar dengan rim

1. Tukarkan tayar berkenaan atau pasangkan tayar berkenaan dengan memasukkan tiub bagi mengelakkan kebocoran.

Monday, May 3, 2010

RODA BERGEGAR SEMASA KERETA DIPANDU DENGAN LAJU

SAMBUNGAN BEBOLA HAUS

1. Letak kereta di atas penegak atau bicu, dan goncangkan roda ke sebelah tepi seperti rajah. Roda akan terus bergegar jika sambungan bebola rosak. Jika ini berlaku, keluarkan roda berkenaan.

2. Bebaskan sambungan bebola daripada rod penghubung dan keluarkan sambungan bebola dengan penyari sambungan bebola. Tukar sambungan bebola tersebut dengan sambungan bebola yang baru.

Sunday, May 2, 2010

TAYAR CEPAT HAUS

1. Tayar cepat haus apabila pengguna kenderaan selalu memandu dengan laju dan menekan injak brek dengan serta merta semasa membrek. Ini mengakibatkan bunga tayar juga cepat haus.

2. Pada masa yang sama, kemungkinan brek tangan ditarik tanpa disengajakan dan tidak dilepaskan apabila kenderaan bergerak. Ini juga menyebabkan tayar cepat haus kerana permukaan tayar sentiasa bergesel di atas jalan.

3. Pandu dengan cermat. Jika hendak menekan injak brek, kereta anda hendaklah dipandu dengan kelajuan 10-20km/j dan pada jarak antara 3.0-3.6 m (10-12 kaki) dengan kereta yang di hadapan anda.

4. Selepas berhenti di lampu isyarat atau selepas meletakkan kereta, pastikan brek tangan dilepaskan sebelum memandu.

Saturday, May 1, 2010

RODA DAN TAYAR

1. Roda dan tayar bertanggungjawab ke atas tindakan keselamatan dari segi kuasa, sistem gantungan, penyerapan, stereng dan brek. Tayar diperbuat daripada getah dan dipasang pada roda rim.

2. Tayar ialah bahagian yang bergolek di atas jalan raya sebagai pembawa sesebuah kenderaan.
Tayar dikenali sebagai pneumatik, yang bermakna ia diisi dengan angin untuk menyerap dan memberikan keselesaan apabila kereta berada di atas lubang atau rintangan jalan.3. Kebanyakan tayar kereta biasa mempunyai tekanan angin sehingga tahap 25-35 psi (paun per uit inci kuasa dua) mengikut saiz garis pusat rim. Untuk mendapatkan panduan tekanan angin pada tayar, anda boleh merujuk kepada carta tekanan mengikut saiz rim yang selalu terdapat di pusat servis atau tempat memasukan angin pada tayar kereta di pusat servis yang berdekatan.

4. Selepas memasukkan angin atau menukar tayar ataupun menukar rim, pengimbangan roda perlu dibaut. Pengimbangan roda terutamanya roda depan dilakukan bagi membolehkan roda bergolek tanpa gegaran pada kelajuan yang berubah-ubah.

5. Tayar kenderaan terdedah kepada pelbagai keadaan dan kerosakan yang boleh mengakibatkan pergerakan kenderaan tidak stabil. Antara kerosakan yang dapat dikenal pasti ialah:

a. Tayar cepat haus.

b. Roda bergegar semasa kereta dipandu dengan laju.

c. Roda tanpa tiub sentiasa berkurangan angin.

d. Bunga tayar haus berlebihan di sebelah dalam.

e. Bunga tayar haus berlebihan di sebelah luar.

Sunday, April 25, 2010

BUNYI KETUKAN DARI CASIS

1. Casis merupakan himpunan yang membentuk bahagian utama pada suatu kenderaan kecuali badan kenderaan. Maka ketukan yang kedengaran mungkin datang dari penyerap kejutan yang tidak sama panjangnya seperti yang asal.

2. Selalunya bunyi tersebut akan kedengaran selepas penyerap kejutan digantikan. Ini berkemungkinan disebabkan oleh bolt pengikat penyerap kejutan di bahagian atas tidak diikat dengan kuat.

3. Jika ini berlaku, keluarkan penyerap kejutan daripada kenderaan. Tarik aci penyerap yang lama. Pasangkan penyerap baru yang panjangnya sama seperti yang asal. Kemudian, ikat dengan kuat bolt penyerap yang longgar.