FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Tuesday, February 16, 2010

TIADA PACUAN KE RODA SEMASA GEAR DAN CEKAM DIMASUKKAN


1. Gear terkeluar atau terlepas daripada sambungan kotak gear.

Keadaan ini terjadi berkemungkinan disebabkan oleh gear terkeluar atau terlepas dari sambungan di dalam kotak gear. Jika ini berlaku, bawa kereta tersebut ke pusat servis kotak gear, atau gantikan dengan kotak gear terpakai.

2. Aci pendorong berputar semasa enjin beroperasi.

Jika aci pendorong berputar semasa enjin beroperasi manakala aci separuh tidak berputar, ini disebabkanoleh gelugur pada aci tersebut haus dan tidak dapat mengambil pacuan daripada unit kebezaan (bagi pacuan roda belakang dan depan).

Jika ini berlaku, keluarkan aci separuh tersebut daripada kenderaan, dan gantikan dengan yang baru.

Sunday, February 14, 2010

BUNYI KETUKAN DARI BAHAGIAN PACUAN

1. Masalah tersebut berlaku dari bahagian pacuan. Ini disebabkan oleh kehausan yang berlebihan pada gear-gear dalam kotak gear atau pada unit kebezaan.

2. Jika menghadapi masalah kerosakan pada gear dalam kotak gear atau pada unit kebezaan, bawalah kereta anda ke pusat servis yang mempunyai alat khas untuk membaiki keadaan tersebut.

Saturday, February 13, 2010

BUNYI BISING DARI ACI PACU BELAKANG SEMASA KENDERAAN DIPANDU DENGAN LAJU


1. Bunyi bising selalunya datang dari galas aci pacu belakang yang menyebabkan ia berbunyi semasa kenderaan laju atau muatan penuh.

2. Jika ini berlaku, cara mengatasinya adalah dengan mengeluarkan aci pacu yang bermasalah dan gantikan dengan galas yang baru (nombor siri pada galas semestinya sama dengan yang lama).

3. Ini penting supaya aci pacu dapat dipasangkan pada kedudukannya dengan selesa. Jika galas didapati terlalu kecil daripada yang asal, ia akan mengeluarkan bunyi yang lebih bising atau mengeluarkan bunyi ketukan kerana longgar dan tidak masuk pada kedudukannya dengan selesa.

4. Jika galas didapati terlalu kecil daripada yang asal, ia akan mengeluarkan bunyi yang lebih bising atau mengeluarkan bunyi ketukan kerana longgar dan tidak masuk pada kedudukannya dengan selesa.

Friday, February 12, 2010

ACI PACU BERGEGAR SEMASA KENDERAAN BERGERAK DENGAN KELAJUAN SEDERHANA

1. Sambungan semesta atau aci pacu pada pacuan roda haus atau longgar

Gegaran selalu berlaku apabila sambungan semesta aci pacu haus atau longgar. Oleh itu, periksa atau servis sambungan semesta dan bubuhkan minyak gris melalui puting gris. Jika keadaan tidak berubah selepas diservis, gantikan sambungan semesta.

2. Getah gandingan pada aci pacu longgar

Aci pacu akan bergegar jika getah gandingan longgar. Ketatkan atau ganti getah gandingan dengan yang baru untuk mengelakkan keadaan yang lebih rumit daripada berlaku.

Thursday, February 11, 2010

RANGKAIAN PEMACU

1. Rangkaian pemacu membolehkan daya kilas yang dikeluarkan oleh enjin dihantar ke roda untuk menggerakkan kenderaan.

2. Daya kilas yang dikeluarkan ini seharusnya ke roda melalui unit kebezaan dan aci pacu untuk memacu sama ada roda belakang bagi kenderaan pacuan roda belakang, roda depan bagi kenderaan pacuan roda depan atau kedua-duanya bagi kenderaan pacuan empat roda.3. Unit kebezaan juga memainkan peranan yang penting untuk membezakan putaran roda semasa kenderaan membelok di selekoh supaya kedua-dua belah roda dapat berputar dengan kelajuan yang berbeza-beza, dan kenderaan dapat bergerak dengan selesa seperti yang dikehendaki oleh pemandu.

4. Memandangkan rangkaian pemacu diharapkan dapat bertahan lasak pada kelajuan kenderaan dan muatan yang berbeza-beza maka terdapat beberapa jenis kerosakan yang selalu berlaku pada rangkaian pemacu selepas beberapa lama digunakan.

5. Antara kerosakan yang sering berlaku ialah:

a. Aci pacu bergegar semasa kenderaan bergerak dengan kelajuan sederhana.
b. Bunyi bising dari aci pacu belakang semasa kenderaan dipandu dengan laju.
c. Bunyi ketukan dari bahagian pacuan.
d. Tiada pacuan ke roda semasa gear dan cekam dimasukkan.

Thursday, February 4, 2010

KESESAKAN KOTAK GEAR SEPENUHNYA


1. Keadaan ini selalunya terjadi disebabkan oleh aci yang patah. Kadangkala, boleh juga berlaku disebabkan oleh dua gear yang dimasukkan secara serentak.

2. Ini tidak mungkin berlaku melainkan kerana kegagalan mekanisme pemilihan seperti ketiadaan perantai mengunci ataupun pelocok yang telah rosak (pecah). Oleh itu, kotak gear memerlukan kerja baik pulih oleh pakar pemulih kotak gear.

3. Kerja baik pulih kotak gear perlu dilakukan oleh mekanik atau pakar yang berkebolehan dalam bidang tersebut. Jika tersilap pasang akan menjejaskan operasi kotak gear tersebut kerana komponen serta pemasangannya yang sofistikated.

Tuesday, February 2, 2010

MINYAK GEAR KELUAR DARI BAHAGIAN BAWAH KOTAK GEAR

1. Minyak gear diisi terlalu banyak, lebih daripada had yang ditetapkan.

Keluarkan minyak yang lebih sehingga mencapai aras yang betul.

2. Kedap minyak atau nat salir rosak.

Keluarkan semua minyak dari kotak gear, buka penutup gear bahagian bawah dan pasang kedap minyak atau nat salir dengan yang baru.

Monday, February 1, 2010

GEAR SESAK SEMASA MEMASUKKANNYA

1. Mekanisme pemilihan ciri gear sesak disebabkan oleh kekurangan pelincir. Jika ini berlaku, periksa aras pelincir melalui nat pengisi di tepi.

2. Tukarkan atau tambahkan minyak gear (SAE 90) sehingga paras lubang nat pengisi, dan kemudian ikat nat pengisi.