FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Saturday, December 19, 2009

BREK HILANG KUASA MEMBERHENTIKAN KENDERAAN

1. Kerosakan berlaku pada pam induk brek.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kerosakan getah penebat, dinding silinder pam induk bercalar, saluran hidraulik tersumbat, dan kebocoran dalam pam induk brek.

Jika ini berlaku, cara mengatasinya adalah dengan membaik pulih pam induk brek. Periksa dengan teliti komponen-komponen seperti penebat getah, dinding silinder, dan saluran hidraulik. Gantikan komponen yang rosak dan pasangkan semula pada kenderaan. Lakukan kerja penjujuhan semasa enjin sedang dihidupkan.

2. Getah penebat pada silinder roda bocor atau haus.

Kebiasaannya ternampak kebocoran atau cecair brek terkeluar daripada silinder roda yang rosak. Letakkan kenderaan di atas pendorong dan atas tempat yang rata. Tanggalkan roda yang akan mengeluarkan silinder roda. Rombak silinder roda yang bocor, dan gantikan komponen yang rosak(biasanya penebat getah). Pasangkan semula semua komponen pada kenderaan, hidupkan enjin dan jujuhan sistem brek bermula daripada roda yang paling jauh dan berakhir dengan roda yang terdekat dengan pam induk brek.

No comments: