FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Friday, December 25, 2009

BREK TANGAN TIDAK BERFUNGSI

1. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh kabel brek tangan yang terlalu panjang yang menyebabkan pelarasan menjadi kendur. Pastikan kabel digunakan sesuai dengan atau sama dengan alat ganti yang tulen. Jika tidak, saiz dan panjangnya akan memberi masalah apabila memasang atau melarasnya.

2. Letak kenderaan di atas tempat yang rata. Lepaskan brek tangan sepenuhnya dan laraskan melalui nat pelarasan dengan kabel ke tahap yang sesuai. Selepas itu, tarik brek tangan dengan perlahan sehingga 4 bunyi “klik” kedengaran.

3. Hidupkan enjin, masukkan gear satu dan cuba gerakkan kenderaan dengan perlahan dan tarik brek tangan. Kereta sepatutnya berhenti sejurus sahaja brek tangan ditarik. Jika sebaliknya, laraskan semula sehingga ia dapat berfungsi sepenuhnya.

No comments: