FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Saturday, January 30, 2010

GEAR TERGELINCIR KELUAR DARI KEMASUKKANNYA

1. Kehausan mekanisme pemilihan gear dan juga pegas pemilihan gear yang lemah atau patah menyebabkan gear tergelincir keluar daripada kemasukkanya.

2. Jika ini berlaku, keluarkan pegas pemlih gear dengan menanggalkan empat skru pengikat batang gear, dan gantikan dengan pegas yang baru (yang sama saiz dan ketinggian).

Friday, January 29, 2010

BATANG GEAR KAKU UNTUK DIGERAKKAN

1. Ini menunjukkan tanda-tanda kegagalan pada mekanisme pemilihan atau kekurangan minyak di dalam penyambungan swivel batang gear. Sekiranya batang gear berada pada turus roda kemudi, rangkaian kawalan jauh pada kotak gear mungkin telah rosak atau terkeluar daripada larasnya.

2. Oleh itu, berlaku mekanisme pemilihan gear di atas kotak gear dan larasannya kerana minyak telah sampai dengan secukupnya, dan dengan itu batang gear akan menjadi kaku untuk beroperasi.

3. Jika ini berlaku, pastikan aras minyak gear di dalam kotak gear mencukupi. Kotak gear kebiasaannya dilengkapi dengan palam isian di bahagian tepi kotak dan palam saliran minyak di bahagian bawah kotak gear. Aras minyak hendaklah diperiksa setiap 4000 kilometer perjalanan kenderaan.

Thursday, January 28, 2010

GEAR BERBUNYI BISING KETIKA KENDERAAN DALAM PERJALANAN

1. Pada kenderaan yang lama digunakan, rengekan gear menunjukkan tanda-tanda kehausan umum. Kehausan galas membawa kepada penyiratan gear yang tidak sempurna dan kehausan pada gigi gear pemacu.

2. Pada tanda awal, sekiranya minyak gear telah digunakan dengan agak lama, ia menjadi cair dengan cepat pada suhu tinggi, oleh itu, minyak gear perlu ditukar dengan yang baru (SAE 90). Sekiranya masih tiada perubahan, bawalahkenderaan ke pusat rawatan kotak gear untuk diganti atau dibaik pulih.

Wednesday, January 27, 2010

GEAR AGAK SUKAR DIMASUKKAN, DAN KEDENGARAN BUNYI BISING KETIKA MEMASUKKANNYA

1. Kegagalan cekam

Sekirannya berlaku seretan cekam, iaitu gagal untuk membebaskansepenuhnya, adalah sukar untuk memasukkan gear dan terdapat lagaan. Jika ini berlaku, laraskan jarak bebas antara piring cekam dengan permukaan roda tenaga melalui kabel cekam.

2. Cekam kokot haus teruk atau pecah

Apabila berlaku kehausan yang berlebihan pada cekam kokot atau mekanisme pemilih tidak berfungsi maka berlakulah keadaan gear sukar dimasukkan. Kekasaran berlaku semasa memasukkan gear atau tersilap memasukkan gear tanpa menekan injak cekam.

Jika ini berlaku, kotak gear perlu dibaik pulih atau digantikan dengan yang baru ataupun kotak gear terpakai.

Tuesday, January 26, 2010

GEAR TIDAK DAPAT DIMASUKKAN

1. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh kegagalan di dalam mekanisme pemilih gear. Juga disebabkan oleh kegagalan di dalam mekanisme sirat-segerak.

2. Jika ini berlaku, cara mengatasinya, adalah dengan mengeluarkan kotak gear daripada kenderaan dan kerja baik pulih dilakukan ke atasnya.

3. Jika ingin mengambil jalan yang mudah dan ringkas, gantikan dengan kotak gear terpakai yang sama model dengan kotak gear asal.

Monday, January 25, 2010

KOTAK GEAR

1. Kotak gear atau dikenali sebagai alat penghantaran kuasa diadakan untuk menggerakkan sesebuah kenderaan daripada rehatnya kepada perjalanan yang selesa, mudah dan juga dapat memberikan kuasa pemecutan yang baik mengikut gear-gear yang dimasukkan oleh pemandu.

2. Prinsip sesebuah kotak gear boleh bergerak ke depan dengan kelajuan yang berubah-ubah dan boleh bergerak ke belakang apabila gear undur dimasukkan. Untuk itu, kotak gear memainkan peranannya termasuk membawa kilasan enjin yang berbeza-beza untuk disampaikan kepada pemacuan seterusnya.

3. Kotak gear terdiri daripada gear-gear yang tertentu, mekanisme sirat-segerak, aci masukan, dan aci keluaran.

4. Oleh sebab terdapat pelbagai komponen di dalam kotak gear yang masing-masing memainkan peranan, maka terdapatlah kerosakan dan kegagalan yang selalu berlaku pada kotak gear. Antaranya termasuklah:

a. Gear tidak dapat dimasukkan.

b. Gear agar sukar dimasukkan dan kedengaran bunyi bising ketika memasukkannya.

c. Gear berbunyi bising ketika kenderaan dalam perjalanan.

d. Batang gear kaku untuk digerakkan.

e. Gear tergelincir keluar dari kemasukkannya.

f. Gear sesak semasa memasukkannya.

g. Minyak gear keluar dari bahagian bawah kotak gear.

h. Kesesakan kotak gear sepenuhnya.

Saturday, January 9, 2010

GEAR TIDAK DAPAT DIBEBASKAN

1. Selalunya keadaan ini terjadi pada cekam jenis hidraulik yang sistemnya dimasuki angin atau berlaku kebocoran minyak hidraulik, ataupun penebat getah telah rosak.

2. Jika ini berlaku, cara mengatasinya adalah dengan mengeluarkan pam cekam dan menggantikan komponen yang rosak. Kemudian, selepas memasangkan semula semua komponen, lakukanlah kerja penjujuhan pada sistem hidraulik.

Friday, January 8, 2010

GEAR SUKAR DIMASUKKAN


1. Apabila gear sukar dimasukkan, selalunya ini disebabkan oleh kabel cekam yang terkeluar daripada cantuman roda tenaga semasa enjin beroperasi.

2. Ini mengakibatkan kuasa enjin tidak dapat disampaikan kepada kotak gear kerana piring tidak mencekam terhadap roda tenaga untuk menghantar keluaran enjin ke roda semasa menggerakkan kenderaan.

3. Masalah tersebut dapat diatasi dengan melaraskan jarak bebas injak cekam mengikut spesifikasi pembuat antara 12-19mm.

Wednesday, January 6, 2010

CEKAM MENYERET

1. Piring cekam dan aci masukan masih bergerak semasa injak cekam ditekan sepenuhnya.

Keadaan ini berlaku kerana permukaan piring yang tidak rata, lapisan piring haus dengan berlebihan atau plat tekanan bercalar. Jika ini berlaku, baik pulih cekam dan gantikan komponen-komponen yang rosak.

2. Angin masuk ke dalam sistem hidraulik bagi cekam hidraulik.

Lakukan penjujuhan untuk membuang angin daripada sistem tersebut.

Tuesday, January 5, 2010

CEKAM GELINCIR

1. Gelincir cekam berlaku disebabkan oleh permukaan cekam yang berminyak, pegas gegendang lemah, dan piring cekam tidak rata.

2. Bagi memeriksa sama ada cekam gelincir berlaku, letakkan kenderaan di tempat yang rata. Tahan kedua-dua roda depan dengan penahan roda. Pastikan brek kenderaan tersebut dalam keadaan baik. Hidupkan enjin hingga ke tahap suhu operasi yang boleh dilihat daripada penunjuk suhu enjin. Masukkan gear teratas dan naikkan kelajuaan ke tahap 2000 putaran per minit (ppm).

3. Lepaskan pedal cekam dengan perlahan-lahan sehingga cekam bercantum dengan roda tenaga. Kelajuan enjin akan tegun selama beberapa saat. Sekiranya tiada perubahan berlaku semasa ujian dilakukan pada cekam, letakkan kenderaan di atas pesawat angkat (hoist) dan periksa komponen paut seperti kabel cekam.

4. Sekiranya semua komponen didapati dalam keadaan tidak normal, cekam berkenaan perlu dibuka untuk kerja baik pulih dilakukan ke atasnya. Setelah merombak komponen-komponen dan memeriksa cekam, gantikan piring cekam dan tekanan. Semasa memasang semula piring cekam, pastikan ia bebas daripada minyak pelincir, minyak gris atau minyak hidraulik.

Monday, January 4, 2010

SISTEM CEKAM

1. Cekam yang dipasang pada sesebuah enjin dibahagikan kepada dua jenis, iaitu cekam kering dan cekam basah.

2. Cekam kering digunakan pada kebanyakan kenderaan yang dipasang dengan kotak gear jenis manual.

3. Cekam basah ialah sejenis cekam yang plat cekam direndam dalam minyak gear automatik. Cekam jenis ini digunakan khusus pada transmisi automatic.

4. Tujuan cekam adalah untuk menyambung dan memutuskan kuasa enjin ke kotak gear dan seterusnya ke roda belakang bagi enjin jenis pacuan roda belakang dan roda depan bagi enjin pacuan roda depan. Cekam juga membolehkan pemandu menukar gear dengan licin dan perlahan. Oleh sebab cekam memainkan peranan yang penting dalam sistem enjin maka sebarang kerosakan pada sistem ini akan menjejaskan kemasukan gear dan seterusnya menyebabkan operasi enjin yang tidak normal.
5. Antara kerosakan sistem cekam yang sering berlaku adalah:

a. Cekam gelincir
b. Cekam menyeret
c. Gear sukar dimasukkan
d. Gear tidak dapat dibebaskan