FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Saturday, April 30, 2011

PENGAGIH

1. Ia bertujuan untuk mengagihkan voltan pembakaran pada masa yang ditetapkan ke plug pencucuh mengikut aturan. Titik sesentuh dan mekanisme lajakan percikan digabungkan dalam pengagih dan ia dikendalikan mengikut gerak sama dengan pergerakan aci engkol. Ia dikendalikan untuk mengagih voltan tinggi melalui rotor ke tudung pengagih ke tiap-tiap plug pencucuh.

Thursday, April 28, 2011

PEMUTUS SESENTUH

1. Ia berfungsi sebagai pembuka dan penutup litar utama gegelung penyalaan bagi tujuan penstoran tenaga dan penukaran voltan. Ia dikendalikan oleh sesondol. Sebagai suis pemutus litar utama, ia dikendalikan mengikut aturan pembakaran enjin melalui pergerakan sesondol pengagih. Titik sesentuh mengandungi bahan bergred tinggi seperti aloi tungsten dan plantinum.

2. Ia terdiri daripada dua bahagian iaitu:

a. Satu kepingan muka pegun.
b. Satu kepingan boleh gerak dan berlengan.

3. Sesondol bertindak sebagai penggerak sius pemutus. Ia mengandungi cuping-cuping yang menunjukkan jumlah silinder enjin. Contoh, terdapat empat cuping sesondol, menunjukkan penggunaannya untuk enjin 4-silinder. Pergerakan pemutus ditetapkan oleh panjang lengkok dan lamanya ia berada di atas cuping sesondol.

4. Sudut yang tertutup ini dinamakan sudut inap (dwell). Sudut inap disukat dalam darjah dan boleh dilaraskan mengikut keperluan iaitu dengan melaras celahan sesentuh. Apabila jumlah silinder bertambah, sudut inap berkurangan. Contoh, sudut inap bagi 4-silinder ialah 50o , dalam enjin 6-silinder kira-kira 38o dan dalam enjin 8-silinder kira-kira 31o.

5. Jika celahan titik sesentuh terlalu luas sudut inap kecil, sesuai untuk penyalaan pada kelajuan rendah, kelajuan bagi titk terpisah besar mengurangkan percikan diantara titik dan dapat mengurangkan kehausan. Jika celahan titik sesentuh terlalu kecil, sudut inap pula besar, baik untuk penyalaan pada kelajuan tinggi. Masa inap juga panjang.

6. Oleh itu kelebihan tenaga disimpan dan percikan bunga api diantara titik bertambah pada kelajuan rendah, menyebabkan titik sesentuh cepat haus.

Kondenser Penyalaan

7. Ia bertujuan menyediakan sampukan persis arus utama dan memintas percikan diantara titik sesentuh. Ia dibina daripada lapisan kepingan timah yang ditebat oleh lapisan kertas berparafin atau mika. Lapisan kepingan timah dihubungkan selari kemudian dibentuk kepada dua kumpulan, tiap-tiap kumpulan disambungkan dengan satu punca penyambungan luar.

8. Lapisan tadi digulung dan berbentuk silinder dengan berpenebat supaya padat. Kondenser mestilah mempunyai keupayaan yang sesuai dengan sistem penyalaan. Keupayaan biasa ialah 0.13-0.24 ufd. Kerosakan kondenser bergantung kepada beberapa faktor utama iaitu bocor, hasil kesan sampingan dalam penebat dan kelembapan udara.

Tuesday, April 26, 2011

SISTEM PENYALAAN MAGNETO

1. Sistem ini merupakan sistem tanpa pengagih. Biasanya menggunakan satu set generator magnet tetap di samping berfungsi sebagai roda tenaga. Set generator pula terdiri daripada dua gegelung angker, iaitu angker penyalaan angker generator. Ia biasanya digegaskan pada enjin 2-lejang dan 4-lejang pada motosikal dan enjin kecil.

2. Komponen-komponen Utama Sistem Penyalaan


a. Gegelung Penyalaan

Ia merupakan pembekal tenaga penyalaan dan menghantarkannya dalam bentuk voltan tinggi melalui kabel voltan tinggi ke pengagih. Secara fizikal, gegelung penyalaan bertindak seperti alat ubah yang digunakan untuk kendalian aliran voltan rendah. Ia terdiri daripada satu teras besi berlapis pada bahagian tengahnya dan dilingkari oleh dawai voltan pendua berpenebat diantara 15000-30000 liltan dawai tembaga halus.

Di luar lilitan ini tedapat lingkaran dawai tembaga kasar berpenebat dengan jumlah lilitan hanya beberapa ratus lilitan sahaja. Nisbah lilitan diantara gegelung utamadan pendua ialah 60 hingga 150. Satu hujung gegelung utama dihubungkan ke satu hujung di gegelung pendua dan kedua-dua dihubungkan ke punca bertanda (-).

Sementara satu lagi hujung utama disambungkan ke punca (+) dan satu hujung dawai pendua disambungkan melalui teras gegelung ke punca voltan tinggi. Lingkaran gegelung utama dan pendua dengan teras berlapis dimasukkan ke dalam satu kotak bagi membentuk gegelung penyalaan seperti yang kita lihat.

b. Suis Penyalaan

Satu suis di dalam litar utama gegelung, dikendalikan secara mekanikal dengan kunci penyalaan. Ia bertujuan untuk menyambung dan memutuskan voltan bateri daripada sistem penyalaan. Suis penyalaan biasa disekalikan dengan suis penghidup untuk menghidupkan enjin.

Wednesday, April 20, 2011

JENIS SISTEM PENYALAAN ENJIN PEMBAKARAN DALAM

1. Terdapat 4 jenis sistem penyalaan pada enjin pembakaran dalam.

a. Sistem penyalaan bateri.
b. Sistem penyalaan magneto.
c. Sistem penyalaan transistor.
d. Sistem penyalaan nyahcas kapasitor (Capasitor discharge ignition – CDI).

2. Sistem Penyalaan Bateri

Sistem ini merupakan sistem lazim yang mengawal proses penyalaan melalui sentuhan pemutus mekanikal. Sistem ini juga dikenali sebagai sistem penyalaan gegelung. Ia terdiri daripada bateri (sumber tenaga), suis penyalaan, gegelung penyalaan (alat untuk meniggikan voltan), pengagih (terangkum di dalamnya titk sesentuh, kondenserdan rotor), plag pencucuh dan pendawaian litar penyalaan. Bekalan tenaga dalam bentuk medan magnet berasakan proses aruhan di dalam gegelung penyalaan.

Thursday, April 14, 2011

SISTEM PENYALAAN

1. Sistem penyalaan membekalkan pusuan voltan tinggi (sehingga 30,000 volt) ke plag pencucuh di dalam silinder enjin. Pusuan voltan tinggi ini menghasilkan percikan bunga api di celahan plag pencucuh untuk memulakan pembakaran campuran bahan api dan udara termampat di dalam ruang pembakaran. Tiap-tiap percikan bunga api dimasakan kehadirannya di celahan plag pencucuh hanya apabila omboh menghampiri TTA di kendalian mampatan apabila enjin dalam kelajuan melahu.

2. Pada kelajuan lebih tinggi atau semasa kendalian separa pendikit, percikan bunga api terjadi lebih awal dalam kitaran. Ini membuatkan campuran mempunyai kelonggaran masa untuk terbakar dan menghantar kuasanya. Sistem penyalaan terdiri daripada bateri, suis, pengagih nyalaan, gelung penyalaan, plag pencucuh dan pendawaian litar penyalaan.

3. Ada sistem yang menggunakan transistor untuk mengurangkan bebanan ke atas titik sesentuh pengagih. Kaedah yang terbaru pula, tidak langsung memggunakan titik sesentuh tetapi menggunakan gabungan transistor sahaja.

Saturday, April 9, 2011

ACI ENGKOL

1. Bersihkan semua komponen dengan minyak dan sembur semua saluran minyak dengan udara mampat. Periksa kehausan, bengkok dan apungan paksi. Apabila memeriksa alas, periksa perumah alas dan tudung.

2. Kehausan Aci Engkol

Periksa permukaan dari kekasaran, lubang –lubang kecil dan tanda terbakar. Jika perlu ia hendaklah dipotong dan menggegaskan alas baru saiz lampau. Ukur jurnal utama dengan mikrometer dan bandingkan untuk bacaan bujuran dan ketirusan.

3. Kelurusan Aci Engkol

Letakkan kedua-dua hujung diatas bongkah dengan menggunakan tolok dail pada jurnal tetengah kemudian pusingkan aci engkol untuk menguji kelurusannya.

4. Hujung Apungan

Sukat hujung apungan dengan menggunakan tolok duga atau tolok dail dengan menggerakan aci engkol ke satu sisi. Hujung apungan biasa 0.05 mm – 0.2 mm. Jika melebihi had 0.5 mm, alas tujahan perlu ditukar.

Wednesday, April 6, 2011

INJAP DAN PANDU INJAP

1. Tandakan injap dalam gegasan kemudian buka injap dengan gegasan mengikut aturan satu persatu. Muatkan injap ke dalam rak khas.

a. Peringatan:
Jangan sekali-kali menukar kedudukan injap diantara satu dengan lain. Bersihkan semua injap.

b. Peringatan:
Jangan bersihkan batang injap yang di dalam kembaraan pandu injap. Hindari menggunakan kertas emari.

2. Pemeriksaan Injap

Periksa injap daripada sebarang tanda kerosakan. Ukur garis pusat batang injap dan had maksima haus 0.025 mm dengan menggunakan mikrometer luar. Periksa jajaran injap dengan menggoleknya di atas permukaan rata atau datar penguji. Periksa lurah penahan dan hujung injap. Hujung injap perlu diserongkan.

3. Canai muka injap dengan mesin pencanai muka injap mengikut sudut yang diperlukan. Kemudian pulas tertumpu injap untuk mendapatkan tumpuan yang rata. Uji pula keratan dengan menggaris melintang muka injap dengan pensel dan muatkan ke dalam gegasan dan kenakan tekanan sedikit. Sukat kelegaan di antara batang injap dengan pandu injap.

4. Sukat garis pusat pandu injap dengan menggunakan tolok lubang kecil. Bandingkan bacaan garis pusat batang dengan garis pusat pandu injap untuk mendapatkan kelegaan.

5. Pegas Injap

a. Semak kesemua hujung pegas, pastikan ia rata dan bersegi tepat. Semak kesegian dengan meletakkan pegas di atas datar penguji. Kesegian diuji dengan merapatkan sesiku dan kemudian pusingkan pegas. Had maksimum kesegian tidak melebihi 1.55mm.

b. Sukat kekuatan daya pegas dengan mengukur ketinggian dengan bebanan tertentu. Catat ketinggian yang dicadangkan oleh pengilang dengan daya yang ditentukan. Susutan tidak melebihi 5% daripada daya asal.

Monday, April 4, 2011

PROSEDUR PEMERIKSAAN KOMPONEN ENJIN

1. Pastikan bongkah silinder dibersihkan, kemudian periksa bongkah silinder di mana-mana yang retak dan berkeadaan gerek. Periksa kepala silinder, perumah gear pemasaan dan perumah roda tenaga daripada sebarang tanda rosak. Periksa juga kedudukan cemat dan bebenang skru yang herot atau kecacatan lain.

2. Periksa muka temu bongkah daripada herotan dan gunakan pinggir lurus dengan tolok penduga. Herotan tidak boleh melebihi 0.10 mm (0.0039 in). Ambil bacaan pada kedudukan. Jika herotan melebihi had, canai permukaannya untuk mendapatkan semula keratannya.

3. Gerek Silinder


Periksa gear silinder daripada sebarang tanda kerosakkan. Gunakan tolok gerek untuk mengukur kehausan silinder. Ambil bacaan pada tiga kedudukan yang berbeza.

4. Aci Sesondol

a. Bersihkan aci sesondol, jika mempunyai salur minyak, gunakan berus kecil untuk mencuci, kemudian sembur dengan udara mampat. Semak semua binaan daripada sebarang tanda haus, terutama pada jurnal dan permukaan sesondol. Periksa lurah kekunci dan bebenang daripada sebarang tanda kerosakkan. Jika perlu, tukar baru.

b. Jika didapati masih baik, muatkan aci sesondol di atas bongkah dan letakkan di atas datar penguji dengan satu tolok dail untuk menyemak larian pada tetengah jurnal di aci sesondol. Had maksimum tidak melebihi 0.05 mm. Sukat garis pusat jurnal aci sesondol dengan menggunakan mikrometer luar pada titik A dan B pada kedudukan 1 dan 2. Had haus maksimum tidak melebihi 0.1 mm.

c. Sukat ketinggian cuping pengambilan dan ekzos. Gunakan mikrometer luar A dan B pada kedudukan 1 dan 2. Bacaan menentukan kadar haus. Had maksimum tidak melebihi 0.5 mm. Sukat kelegaan galas aci sesondol dengan mengukur garis pusat dalam galas dengan jurnal aci sesondol. Jika melebihi had maksimum, galas perlu diganti, Had maksimum ialah 0.10 mm.

d. Gegaskan aci sesondol ke dalam bongkah silinder, muatkan plat tujahan. Pasangkan gegancu atau gear ke dalam aci sesondol. Ikat gear. Semak hujung apungan aci sesondol dan kelegaan diantara 0.06 mm-0.13 mm. Jika hujung apungan melebihi had, gegaskan plat tujahan baru.

e. Muatkan gegancu atau gear ke aci sesondol. Muatkan ia di atas bongkah V, semak kejajaran gear atau gegancu. Had maksimum ialah 0.1 mm. Jika melebihi had , tukar gear atau gegacu baru.