FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Saturday, March 26, 2011

RUANG PEMBAKARAN DAN SUSUNAN INJAP ENJIN

1. Bentuk ruang pembakaran mempegaruhi pembakaran campuran bahan api bagi menghasilkan pembakaran yang lengkap. Bentuk ini menentukan prinsip susunan injap. Enjin juga dikelaskan mengikut lokasi injap dan bentuk ruang pembakaran.

2. Terdapat dua susunan injap di dalam enjin:

a. Enjin Injap Atas
b. Enjin Injap Sisi

3. Enjin Injap Atas

Kedua-dua injap dipasangkan pada kepala silinder, biasanya diletakkan hampir pada bahagian atas ruang pembakaran. Rekabentuk ini kelihatan padat dan sempurna. Terdapat tiga bentuk ruang pembakaran yang biasa digunakan dalam enjin injap atas.

a. Ruang pembakaran hemisfera - Bentuk ini membenarkan mampatan tinggi dan Cuma sedikit sahaja herotan terjadi.Ia berupaya menggunakan injap yang lebaryang mana ia dapat memperbaiki isipadu kecekapan .Berbentuk ini sangat ideal dan luas digunakan.

b. Ruang pembakaran baji - Dalam bentuk ini, ruang pembakaran dan injap didudukan condong dengan paksi silinder.Sudut cerun liang pengambilan dan ekzos kecil (kira-kira 10 darjah) membenarkan campuran bahan api mengalir lancar, ini dapat meningkatkan proses pembakaran.Ruang pembakaran jenis ini lebih sempurna dan mudah penggunaan mekanisme injap berbanding dengan jenis hemisfera.

c. Ruang pembakaran tab mandi - Bentuk ruang pembakaran ini mempunyai tab mandi. Ia berkedudukan melengkung di atas kepala silinder digunakan bagi pembakaran injap. Bentuk ruang ini menyediakan pusaran campuran bahan api udara dan meningkatkan kecekapan pembakaran.

4. Enjin Injap Sisi

Satu cara lain mengelaskan enjin mengikut lokasi injap. Ia disesuaikan dengan kepala L dan Kepala F. Kedua-dua injap jenis sisian ruang pembakaran ini digegaskan di sepanjang satu sisi silinder pada bongkah silinder. Biasanya aci sesondol dilokasikan dibawah injap.

5. Terdapat dua kebaikan:

a. Mekanisme injap dan binaan kepala silinder mudah.
b. Boleh mengurangkan ketinggian enjin.

6. Kekurangan rekabentuk ini ialah:

a. Ruang pembakaran tidak dapat dibuat dengan selesa.
b. Kurang kekapan haba.
c. Tidak boleh disuaikan dengan nisbah mampatan tinggi.

No comments: