FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Tuesday, April 26, 2011

SISTEM PENYALAAN MAGNETO

1. Sistem ini merupakan sistem tanpa pengagih. Biasanya menggunakan satu set generator magnet tetap di samping berfungsi sebagai roda tenaga. Set generator pula terdiri daripada dua gegelung angker, iaitu angker penyalaan angker generator. Ia biasanya digegaskan pada enjin 2-lejang dan 4-lejang pada motosikal dan enjin kecil.

2. Komponen-komponen Utama Sistem Penyalaan


a. Gegelung Penyalaan

Ia merupakan pembekal tenaga penyalaan dan menghantarkannya dalam bentuk voltan tinggi melalui kabel voltan tinggi ke pengagih. Secara fizikal, gegelung penyalaan bertindak seperti alat ubah yang digunakan untuk kendalian aliran voltan rendah. Ia terdiri daripada satu teras besi berlapis pada bahagian tengahnya dan dilingkari oleh dawai voltan pendua berpenebat diantara 15000-30000 liltan dawai tembaga halus.

Di luar lilitan ini tedapat lingkaran dawai tembaga kasar berpenebat dengan jumlah lilitan hanya beberapa ratus lilitan sahaja. Nisbah lilitan diantara gegelung utamadan pendua ialah 60 hingga 150. Satu hujung gegelung utama dihubungkan ke satu hujung di gegelung pendua dan kedua-dua dihubungkan ke punca bertanda (-).

Sementara satu lagi hujung utama disambungkan ke punca (+) dan satu hujung dawai pendua disambungkan melalui teras gegelung ke punca voltan tinggi. Lingkaran gegelung utama dan pendua dengan teras berlapis dimasukkan ke dalam satu kotak bagi membentuk gegelung penyalaan seperti yang kita lihat.

b. Suis Penyalaan

Satu suis di dalam litar utama gegelung, dikendalikan secara mekanikal dengan kunci penyalaan. Ia bertujuan untuk menyambung dan memutuskan voltan bateri daripada sistem penyalaan. Suis penyalaan biasa disekalikan dengan suis penghidup untuk menghidupkan enjin.

No comments: