FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Tuesday, May 11, 2010

BUNGA TAYAR HAUS BERLEBIHAN DI SEBELAH LUAR


1. Keadaan ini disebabkan oleh roda dilaraskan terlalu ke luar, dan menyebabkan bahagian luar tayar bergesel atas jalan raya apabila brek ditekan.

2. Jika ini berlaku, laraskan tayar masuk ke dalam mengikut spesifikasi yang ditetapkan, atau bawa kereta ke kedai melaras roda bagi tujuan tersebut.

Monday, May 10, 2010

BUNGA TAYAR HAUS BERLEBIHAN DI SEBELAH DALAM

1. Keadaan ini disebabkan oleh roda dilaraskan terlalu ke dalam. Apabila brek ditekan, tayar akan bergesel di atas jalan lalu mengakibatkan kehausan yang berlebihan disebelah dalam tayar.

2. Jika ini berlaku, laraskan roda keluar sedikit mengikut spesifikasi yang ditetapkan

Tuesday, May 4, 2010

RODA TANPA TIUB SENTIASA BERKURANGAN ANGIN

Injap pengambilan angin longgar

1. Jika ini berlaku angin akan terkeluar dan tekanan angin pada tayar berkenaan beransur-ansur kurang. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, bubuhkan air sabun pada lubang injap. Sekiranya terdapat buih keluar dari lubang injap, ikatkan dengan pengikat injap.

Kebocoran antara dinding tayar dengan rim

1. Tukarkan tayar berkenaan atau pasangkan tayar berkenaan dengan memasukkan tiub bagi mengelakkan kebocoran.

Monday, May 3, 2010

RODA BERGEGAR SEMASA KERETA DIPANDU DENGAN LAJU

SAMBUNGAN BEBOLA HAUS

1. Letak kereta di atas penegak atau bicu, dan goncangkan roda ke sebelah tepi seperti rajah. Roda akan terus bergegar jika sambungan bebola rosak. Jika ini berlaku, keluarkan roda berkenaan.

2. Bebaskan sambungan bebola daripada rod penghubung dan keluarkan sambungan bebola dengan penyari sambungan bebola. Tukar sambungan bebola tersebut dengan sambungan bebola yang baru.

Sunday, May 2, 2010

TAYAR CEPAT HAUS

1. Tayar cepat haus apabila pengguna kenderaan selalu memandu dengan laju dan menekan injak brek dengan serta merta semasa membrek. Ini mengakibatkan bunga tayar juga cepat haus.

2. Pada masa yang sama, kemungkinan brek tangan ditarik tanpa disengajakan dan tidak dilepaskan apabila kenderaan bergerak. Ini juga menyebabkan tayar cepat haus kerana permukaan tayar sentiasa bergesel di atas jalan.

3. Pandu dengan cermat. Jika hendak menekan injak brek, kereta anda hendaklah dipandu dengan kelajuan 10-20km/j dan pada jarak antara 3.0-3.6 m (10-12 kaki) dengan kereta yang di hadapan anda.

4. Selepas berhenti di lampu isyarat atau selepas meletakkan kereta, pastikan brek tangan dilepaskan sebelum memandu.

Saturday, May 1, 2010

RODA DAN TAYAR

1. Roda dan tayar bertanggungjawab ke atas tindakan keselamatan dari segi kuasa, sistem gantungan, penyerapan, stereng dan brek. Tayar diperbuat daripada getah dan dipasang pada roda rim.

2. Tayar ialah bahagian yang bergolek di atas jalan raya sebagai pembawa sesebuah kenderaan.
Tayar dikenali sebagai pneumatik, yang bermakna ia diisi dengan angin untuk menyerap dan memberikan keselesaan apabila kereta berada di atas lubang atau rintangan jalan.3. Kebanyakan tayar kereta biasa mempunyai tekanan angin sehingga tahap 25-35 psi (paun per uit inci kuasa dua) mengikut saiz garis pusat rim. Untuk mendapatkan panduan tekanan angin pada tayar, anda boleh merujuk kepada carta tekanan mengikut saiz rim yang selalu terdapat di pusat servis atau tempat memasukan angin pada tayar kereta di pusat servis yang berdekatan.

4. Selepas memasukkan angin atau menukar tayar ataupun menukar rim, pengimbangan roda perlu dibaut. Pengimbangan roda terutamanya roda depan dilakukan bagi membolehkan roda bergolek tanpa gegaran pada kelajuan yang berubah-ubah.

5. Tayar kenderaan terdedah kepada pelbagai keadaan dan kerosakan yang boleh mengakibatkan pergerakan kenderaan tidak stabil. Antara kerosakan yang dapat dikenal pasti ialah:

a. Tayar cepat haus.

b. Roda bergegar semasa kereta dipandu dengan laju.

c. Roda tanpa tiub sentiasa berkurangan angin.

d. Bunga tayar haus berlebihan di sebelah dalam.

e. Bunga tayar haus berlebihan di sebelah luar.