FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Thursday, November 19, 2009

Lampu tidak menyala

1. Bateri tidak disambung

Jika ini berlaku, periksa penyambungan pada terminal. Ikatkan dengan kukuh menggunakan sepana.

2. Terlalu banyak kerak karbon pada terminal bateri

Jika ini berlaku, keluarkan sambungan bateri dan bersihkan kerak karbon pada terminal dengan air panas. Sekiranya menggunakan kertas pasir untuk membuang karbon, jangan gosok sampai mengurangkan saiz terminal bateri.

3. Saiz lampu mungkin terbakar

Jika ini berlaku, buka kotak fius yang biasanya terletak berdekatan stereng di tepi sebelah kanan tempat duduk pemandu. Perhatikan keadaan fius lampu tersambung. Jika ini terbakar, gantikan fius dengan jumlah ampere yang sama, 15 A.

4. Sambungan lampu ke punca bumi terputus menyebabkan litar tidak lengkap.

Gunakan meter pelbagai untuk memeriksa litar lampu. Sambungkan litar atau wayar yang putus.

5. Filamen mentol mungkin terbakar

Biasanya, jika filamen terbakar, bahagian dalam lampu kelihatan kelabu (gelap) ataupun apabila dilihat dari jarak yang dekat filamen yang putus akan kelihatan. Jika ini berlaku, keluarkan lampu yang mengalami kerosakan daripada kenderaan. Periksa mentol dengan meter pelbagai. Gantikan lampu yang telah rosak dan pasangkan mengikut sambungan terminal yang betul sekiranya terminal dipasang secara tunggal.

14 comments:

Aiman in the cloud said...

kalau depan belakang xbernyala?

IlyaNis said...

1. Kepada cloudian, Sekiranya lampu depan dan belakang tidak bernyala adalah berpunca daripada beberapa faktor:

a. Pertamanya, periksa keadaan bateri kereta dan pastikan berada dalam keadaan baik. jika enjin dapat dihidupkan tetapi lampu masih tidak menyala ia bermakna punca masalah bukan daripada bateri.

b. Periksa samada lampu terbakar atau pun masih ok. Ini dapat diperiksa melalui pandangan kasar sahaja ataupun menggunakan multimeter.

c. Periksa samada fius terbakar ataupun masih elok.

d. Ini berkemungkinan berpunca daripada masalah kabel pada lampu tersebut. Periksa dan lihat sambungan yang telah terpasang dengan teliti.

Semoga keterangan yang diberikan dapat menjawab persoalan. Sekian, TQ.

BatmanbeginsP said...

Kereta sy saga flx 1.3 auto,lampu depan sebelah kanan tidak menyala la kenapa ye,keadaan mentol masih ok,bila sy buka lampu tiggi menyala,tp lampu rndah x menyala,apa maslh dia ye?

Unknown said...

Lampu fog lamp saya masih tak dapat menyala walaupun saya sudah pasang mentol baru tapi masih tak menyala,apakah masalah dia?

Unknown said...

Lampu depan tidak hidup tapi lampu belakang hidup.Kalau suis api depan ditekan ke depan dia hidup.Dimana fius lampu depan untuk kereta proton saga lama

Unknown said...

kenpa lampu suluh tinggi n biasa tdk menyals.. cuma lampu rendah sj menyala.. kereta kancil..apa maslah dia.

Pokleh Ismail said...

Sama la saya jadi gitu juga. Awak dh dpt selesai x masaalah tu. Kalu sudah please share.. apa masaalah dia.

Unknown said...

Slmt mlm bro...apa masalah dia tu ya...mentol,fiuse dah tukar baru....tpi masih tak menyalah lampu rendah....kedua2 lampuh tinggi hidup...lampuh rendah buta sebelah....

Anonymous said...

Kenapa lampu besar tak hidup selepas tukar mentol dan fius

Unknown said...

Kenapa lampu kereta saya bila lampu rendah kiri x nyala tpi bila hight beam nyala pulak?

Unknown said...

Sama laaa saya pon jdiii camtuu

Unknown said...

Lampu fog tak menyala kenape ye?

ana.lie said...

kenapa lampu led kereta mula2 nyala pastu xnyala..lepas tu lampu besar belah kanan pulak x hidup...masalah wirering atau alternator

Anonymous said...

dah selesai ker msalah lampu rendah tak mnyala?