FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Thursday, November 5, 2009

SISTEM CAS

1. Sistem cas membekalkan keperluan arus elektrik kepada pelbagai komponen elektrik dan aksesori sesebuah kereta apabila enjin sedang beroperasi. Manakala bateri pula membekalkan arus simpanan sebagaimana yang diperlukan oleh pemandu.

2. Sistem cas termasuk beberapa komponen utama digunakan untuk mengawal dan juga mengawasi arus elektrik supaya arus yang diperlukan pada sistem elektrik sesebuah kenderaan tidaklah terlalu tinggi.

3. Voltan arus ulang-alik yang dihasilkan daripada penjana arus ulang-alik melalui aruhan magnet ditukarkan kepada arus terus dengan alat penukar arus, dinamai diod.

4. Pengulang-alik menambahkan kekuatan kepada bateri dengan cara mengecas semula bateri tersebut ke tahap yang optimum kerana alat-alat elektrik seperti motor penghidup, lampu besar, hon, radio, penyaman udara, dan pengelap cermin yang dipasang pada sesebuah kereta boleh melemahkan bateri yang sedia ada dari segi pengurangan voltan.

5. Voltan cas yang dikeluarkan daripada pengulang-alik adalah antara 12-15 volt. Maka dengan adanya pengulang-alik kuasa cas bateri semasa enjin beroperasi dapat distabilkan.

6. Pengulang-alik dipasang pada kereta bertujuan untuk menggantikan dinamo kerana bentuknya lebih kecil dan dapat mengeluarkan kuasa arus yang tinggi pada kelajuan enjin yang rendah. Oleh sebab pengulang-alik tidak menggunakan penukar tertib untuk menukar arus ulang-alik kepada arus terus maka diod digunakan untuk tujuan tersebut.

7. Diod ialah alat yang amat sensitif yang bertujuan menukarkan arus ulang-alik kepada arus terus, dan berfungsi bagi mengalirkan arus sehala sahaja serta membolehkan bateri tersebut dicas.

8. Diod dalam litar penerusan peka kepada voltan tinggi yang dihasilkan dalam kebanyakan litar beraruhan apabila arus terganggu. Belitan pengulang-alik mempunyai cukup kearuhan dan gangguan mengejut oleh arus yang menghasilkan denyutan mengejut yang boleh merosakkan diod. Oleh hal demikian, perhatian hendaklah diberikan kepada penjagaan pengulang-alik.

9. Terdapat beberapa perkara yang harus diingatkan untuk menjaga keselamatan pengulang -alik daripada rosak, iaitu:

a. Sambungan bateri mestilah dipasang dengan betul mengikut terminal. Terminal negatif mestilah disambung kepada punca bumi atau badan kapal.

b. Jangan cuba untuk menanggalkan kabel (wayar)yang disambungkan kepada pengulang-alik kerana ia boleh menghasilkan percikan api dan merosakkan diod. Bateri tidak akan dicas jika diod tidak berfungsi.

c. Sekiranya hendak membuat kerja mengimpal cara arka pada mana-mana bahagian kereta tersebut, tanggalkan terminal bateri terlebih dahulu bagi mengelakkan diod daripada rosak.

d. Pemasangan punca bateri terus dengan mana-mana terminal pengulang-alik adakah dilarang kerana ia boleh merosakkan komponen-komponen pengulang-alik.

10. Walaupun pada pandangan pemilik kereta bahawa kemungkinan kerosakan pada sistem cas jarang berlaku tetapi perhatian harus diberi sekiranya terdapat kegagalan yang nyata berlaku pada kereta seperti yang berikut:

a. Lampu amaran malap apabila enjin dihidupkan, kembali terang setelah enjin bertambah laju.

b. Bateri tidak dapat menyimpan cas.

c. Bateri cas berlebihan.

d. Fius selalu terbakar.

No comments: