1. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh berus karbon yang telah haus berlebihan. Jika ini berlaku, keluarkan motor penghidup daripada kenderaan dan lakukan kerja baik pulih. Periksa keadaan berus karbon.
2. Jika terdapat kehausan dengan teruk, gantikan berus dengan yang baru. Pasang semula semua komponen dan pasangkan motor pada kenderaan. Sambungkan semua terminal. Hidupkan enjin. Dijangka enjin akan hidup dengan mudah selepas berus karbon digantikan dengan yang baru.
3. Panjang berus karbon yang baru adalah antara 12 -15 mm. Jangan gunakan lagi berus tersebut setelah separuh daripadanya haus.
No comments:
Post a Comment