FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Friday, May 27, 2011

Perumah dan Julat haba

Perumah

1. Satu perumah yang berbentuk mangkuk mengandungi mekanisme pengagih dan alas penyangga aci pemacu pengagih. Ia digabungkan dengan pemutus sesentuh dan mekanisme lajakan percikan sebagai satu unit keperluan mutlak yang mensegerakkan kendalian pengagih dengan aci engkol.

Julat Haba

1. Julat haba ialah suhu kerja hujung plag. Rekaan bentuk plag berasaskan keadaan suhu. Julat haba menjadi ciri utama memilih plag pencucuh dengan betul. Julat haba plag pencucuh ditentukan oleh:

a. Kebolehan haba mengalir ke penebat dan elektod.
b. Kawasan permukaan penebat yang terdedah kepada gas pembakaran.
c. Isipadu dan bentuk ruang diantara penebat dan kelongsong.
d. Jenis pemasangan dan kedudukan elektrod tengah dan penebat.
e. Jenis dan bentuk bahan untuk gelang penyendal diantara penebat dan kelongsong.

2. Plag yang mempunyai penebat pendek dijangka mengalirkan haba dengan pantas. Oleh itu, plag panas untuk enjin yang lebih sejuk sementara plag sejuk untuk enjin yang lebih panas. Jika tersalah pilih julat haba, ledakan dan penyalaan awak sering terjadi.

Sunday, May 15, 2011

PEPASANGAN PENGAGIH

1. Fungsi Pepasangan Pengagih

Ia berfungsi sebagai pengagih pusuan penyalaan ke plag pencucuh mengikut aturan pembakaran pada masa yang betul. Ia bergantung kepada jumlah silinder enjin. Pusuan penyalaan dijanakan ke tiap-tiap plag pencucuh mengikut pusingan aci engkol.

2. Binaan Pengagih

Komponen utama pengagih.

Sunday, May 8, 2011

KENDALIAN SISTEM PENYALAAN

1. Sistem Penyalaan Bateri

Apabila suis penyalaan disambungkan, arus utama akan mengalir melalui litar utama dan medan magnet wujud di gelang utama. Arus mengalir melalui titik sesentuh apabila titik rapat ke bumi sementara kondenser dicas.

2. Gegelung Penyalaan

a. Fungsi Gelung Penyalaan - Pembekal tenaga penyalaan dan menghantar dalam bentuk denyutan voltan tinggi melalui kabel penyalaan tekanan tinggi ke pengagih.

b. Binaan - Ia terdiri daripada dua belitan dawai tembaga berpenebat di atas besi teras lembut.

c. Belitan Utama: terdiri daripada dawai kasar kira-kira ratusan lingkaran, ia disambungkan ke bateri melalui suis penyalaan.

d. Belitan Pendua: terdiri daripada sejumlah lingkaran dawai halus kira-kira 15000-30000.

Sunday, May 1, 2011

MEKANISME LAJAKAN PERCIKAN

1. Ia bertujuan untuk memastikan penyalaan mengambil tempat yang betul dalam sebarang keadaan. Pencucuhan perlu diadakan sebelum omboh berada di TTA di lejang mampatan. Kelajuan enjin dan bebanan mengawal jumlah keperluan untuk pelarasan automatik pemasaan penyalaan.

2. Terdapat dua mekanisme lajakan:

a. Mekanisme lajakan empar.
b. Mekanisme lajakan vakum.

3. Mekanisme Lajakan Empar:

Ia mengawal pemasaan penyalaan untuk kendalian bebanan, dihubungkan ke sesondol yang boleh bergerak di aci pengagih. Apabila kelajuan enjin ditambah, pemberat mengempar keluar dan menganjakkan kedudukan sesondol ke depan melalui putaran aci. Dengan ini, titik sesentuh terbuka lebih awal. Pergerakan ini dibawa oleh daya empar. Terdapat dua jenis mekanisme lajakan empar iaitu jenis sentuhan gulingan dan jenis sentuhan gelangsar.




4. Mekanisme Lajakan Vakum:

Ia dikawal oleh vakum yang dihasilkan di dalam karburetor. Tekananya bergantung kepada kedudukan bukaan injap pendikit. Gegendang unit vakum bergerak, merubah tekanan gas dan kedudukannya menentukan perbezaan tekanan pada sebarang masa. Kendalian mekanisme lajakan vakum tidak hanya bergantung kepada mekanisme lajakan empar tetapi saling membantu bagi membenarkan jumlah sudut pelarasan pada sebarang masa. Ia dikendalikan untuk melaras keperluan apabila enjin di bawah bebanan separa.