FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Sunday, May 1, 2011

MEKANISME LAJAKAN PERCIKAN

1. Ia bertujuan untuk memastikan penyalaan mengambil tempat yang betul dalam sebarang keadaan. Pencucuhan perlu diadakan sebelum omboh berada di TTA di lejang mampatan. Kelajuan enjin dan bebanan mengawal jumlah keperluan untuk pelarasan automatik pemasaan penyalaan.

2. Terdapat dua mekanisme lajakan:

a. Mekanisme lajakan empar.
b. Mekanisme lajakan vakum.

3. Mekanisme Lajakan Empar:

Ia mengawal pemasaan penyalaan untuk kendalian bebanan, dihubungkan ke sesondol yang boleh bergerak di aci pengagih. Apabila kelajuan enjin ditambah, pemberat mengempar keluar dan menganjakkan kedudukan sesondol ke depan melalui putaran aci. Dengan ini, titik sesentuh terbuka lebih awal. Pergerakan ini dibawa oleh daya empar. Terdapat dua jenis mekanisme lajakan empar iaitu jenis sentuhan gulingan dan jenis sentuhan gelangsar.




4. Mekanisme Lajakan Vakum:

Ia dikawal oleh vakum yang dihasilkan di dalam karburetor. Tekananya bergantung kepada kedudukan bukaan injap pendikit. Gegendang unit vakum bergerak, merubah tekanan gas dan kedudukannya menentukan perbezaan tekanan pada sebarang masa. Kendalian mekanisme lajakan vakum tidak hanya bergantung kepada mekanisme lajakan empar tetapi saling membantu bagi membenarkan jumlah sudut pelarasan pada sebarang masa. Ia dikendalikan untuk melaras keperluan apabila enjin di bawah bebanan separa.

No comments: