FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Saturday, March 12, 2011

JENIS-JENIS GELANG OMBOH

1. Gelang Mampatan

Ia digunakan untuk mencegah kebocoran gas ketika lejang mampatan dan pembakaran. Ia dipasangkan di dalam alur atas dan ditentukan sebagai gelang atas, gelang kedua dan gelang ketiga. Untuk meminimumkan gas bocor, gelang dipasangkan dengan celahan diletakkan pada kedudukan yang berlainan.

2. Gelang Kawalan Minyak

Ia mengawal jumlah pelinciran dinding silinder dengan mengikis minyak berlebihan daripada dinding silinder. Di samping itu, minyak dicegah daripada masuk ke dalam ruang pembakaran. Gelang kawalan minyak mempunyai alur yang berlubang. Pada alur gelang omboh juga tedapat lubang bagi mengalirkan minyak yang masuk berlebihan balik ke takungan.

No comments: