FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Wednesday, March 23, 2011

RODA TENAGA

1. Roda tenaga dibuat daripada disk besi tuangan yang diboltkan pada hujung aci engkol. Ia berfungsi untuk melicinkan kelajuan enjin diantara lejang kuasa. Apabila daya pusingan dikenakan ke atas aci engkol, cuma semasa lejang kuasa, roda tenaga menyerap dan menyimpan setengah tenaga tersebut.

2. Apabila enjin perlahan di antara lejang kuasa, roda tenaga mengeluarkan tenaga tersimpan untuk memberikan enjin berpusing malar dan lancar.

3. Pengelasan Enjin 4 – Lejang(Susunan Injap) - Susunan injap pengambilan dan ekzos di dalam enjin dapat dirangka dalam beberapa kedudukan sama ada di dalam kepala silinder atau di bongkah silinder. Terdapat empat susunan injap:

a)Kepala L
b)Kepala I
c)Kepala F
d)Kepala T

4. Apabila kita mengingat perkataan LIFT maka dengan mudah kita dapat memahami kedudukan dan susunan injap.

a. Kepala L - Dalam susunan Kepala L, ruang pembakaran dan silinder membentuk huruf L. Injap pengambilan dan injap ekzos dilokasikan sebelah menyebelah, semua injap disusun sebaris dibongkah silinder. Susunan ini hanya menggunakan satu aci sesondol untuk mengendalikan semua injap. Penanggalan kepala silinder mudah. Susunan ini tidak sesuai untuk enjin mampatan tinggi. Susunan Kepala L tidak digunakan lagi dewasa ini

b. Kepala I - Kepala I atau enjin injap atas, dan semua injap dipasangkan di kepala silinder. Dalam enjin sebaris, injap biasanya dalam satu baris. Dalam enjin bentuk V, injap disusun sebaris pada tiap-tiap tebing. Satu aci sesondol menggerakkan semua injap. Susunan Kepala I disesuaikan dengan nisbah mampatan tinggi. Bagi kebanyakan I, terdapat saku untuk injap yang terbuka hanya sedikit sahaja kelegaan diantara injap dan omboh. Kepala I biasanya disuaikan dengan aci sesondol atas untuk enjin-enjin moden. Susunan injap ini sesuai bagi enjin mampatan tinggi.

c. Kepala F - Ia merupakan gabungan Kepala L dan Kepala I. Biasanya injap pengambilan di lokasikan di kepala silinder sementara injap ekzos di bongkah silinder. Kedua-dua set dikendali dengan satu aci sesondol.

d. Kepala T - Kedua-dua injap digegaskan di dalam bongkah silinder dan diletakkan sebaris untuk injap pengambilan dan satu baris injap ekzos. Susunan ini memerlukan dua aci sesondol dan digegaskan pada kedua-dua sisian silinder.

No comments: