FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Wednesday, March 2, 2011

KOMPONEN-KOMPONEN BERGERAK BAGI ENJIN

1. Omboh

Omboh adalah pelocok yang digalas rapi dan bergerak turun dan naik dalam pergerakan salingan di dalam gerek silinder. Fungsi utama omboh ialah untuk memindahkan tenaga yang dibebaskan oleh pengembangan gas dari penyalaan campuran udara dan bahan api ke aci engkol melalui rod penghubung. Oleh sebab omboh ditugaskan dengan kerja yang sukar, beberapa bahan dan rekabentuk dicipta untuk kesesuaian.


2. Omboh Skirt Belah

omboh skirt belah yang direka dengan belahan berbentuk T atau U. Omboh yang terdedah kepada haba akan mengembang dan lubang alur di skirt akan rapat. Ini membolehkan omboh menyelenggara saiz asal dan juga terjadi kelegaan diantara omboh dengan gerek silinder. Ini dapat mengelakkan omboh daripada melekat.

3. Omboh Skirt Gelincir

Skirt pada bahagian bawah lubang cemat omboh dipendekkan. Rekabentuk ini mempunyai dua kebaikan:

a. Berat omboh dapat dikurangkan.
b. Geseran liang dapat dikurangkan oleh itu mengurangkan haus dinding silinder.

4. Omboh Autoterma

Omboh autoterma yang dituang dengan gelang penguat keluli di bahagian atas omboh bagi mengurangkan pengembangan haba.


5. Omboh Bujur

Sisian omboh yang mana cemat omboh disangga lebih tebal berbanding dengan omboh untuk pengembangan lebih ke arah tombol cemat. Untuk membantu mengawal pengembangan, sisi muka tujah omboh di buat lebih kecil garis pusatnya. Ini menjadikan omboh berbentuk elips ketika sejuk.
Apabila omboh panas , ia akan mengembang dan kembali dalam bentuk bulat yang membuat penemuan dengan dinding silinder.

6. Kelegaan Omboh

Kepersisian dimensi merupakan cirri yang penting pada omboh. Omboh terdedah kepada haba. Semasa enjin dikendali, kelegaan yang mencukupi diantara omboh dan dinding silinder adalah perlu. Omboh tidak boleh bertindak sebagai penyendal malah tidak membenarkan tekanan mampatan bocor disebabkan kelegaan berlebihan.

Jika omboh terlalu besar, geseran silinder dan omboh boleh menyebabkan kehilangan kuasa, kehausan berlebihan dan omboh melekat pada dinding silinder jika tidak cukup pelinciran.
Apabila tegasan suhu tidak sekata pada omboh, (contoh: suhu kendalian lebih tinggi di kepala omboh berbanding dengan skirt), kebanyakkan kepala omboh dibuat lebih kecil daripada skirt.
Ini menyebabkan kelegaan berlebihan pada kepala omboh berbanding dengan skirt.

7. Cemat Omboh

Cemat omboh digegaskan ke rod penghubung dan omboh melalui lubang tombol di kedua-dua sisi omboh. Cemat biasanya berlubang untuk mengurangkan berat. Ia diperbuat daripada keluli yang permukaanya dikeraskan dengan rawatan haba. Terdapat tiga cara yang digunakan untuk menyambungkan cemat omboh ke rod penghubung.

a. Cemat Terapung Bebas-Klip lengkung digegaskan dalam alur cetak pada tiap-tiap hujung tombol cemat. Cara ini memberikan omboh bebas dalam tombol dan dalam hujung rod.

b. Cemat Separa Terapung-Cemat omboh diboltkan ke satu hujung kecil rod penghubung.

c. Cemat Pegun-Satu hujung cemat omboh diboltkan ke cemat tombol.

8. Gelang Omboh

Gelang omboh bertindak sebagai sesendal diantara omboh dengan dinding silinder. Tujuan utamanya ialah untuk menanggalkan baki minyak terlonggok di atas dinding silinder dan mencegah minyak daripada masuk ke dalam kebuk kebakaran. Ia juga memindahkan sejumlah besar haba dari omboh ke dinding silinder.

Biasanya gelang ialah jenis belah dan boleh dikembang dan digelincir ke dalam alur di kepala omboh. Garis pusat gelang omboh lebih besar daripada garis pusat omboh yang digunakan. Ini bermakna, apabila gelang dipasangkan ke silinder, gelang omboh termampatdan apabila ia berada di silinder ia megembang dan membuat tekanan ke arak dinding silinder. Gelang omboh diperbuat daripada keluli atau basi tuangan gred tinggi khas.

Untuk mengurangkan kehausan dan mencegah calar dinding silinder, muka gelang dikromkan.

No comments: