1. Rod penghubung ialah rod yang menyambungkan omboh dengan aci engkol. Panjang rod penghubung sama dengan panjang lejang sesebuah enjin. Ia juga sebagai penggerak bagi pergerakkan salingan enjin. Rod penghubung diperbuat daripada keluli rawatan haba yang ditempa timpa. Tiap-tiap hujung berlubang. Hujung atas dinamakan hujung kecil dengan satu gegasan sesendal, ia disambungkan ke cemat omboh.
2. Hujung bawah pula dihubungkan ke cemat engkol dengan galas belah. Hujung ini dinamakan hujung besar. Hujung ini dipasangkan dengan tudung galas yang terbahagi dua. Ia diboltkan ke jurnal aci engkol dan berpusing, menyebabkan rod penghubung dan omboh bergerak turun naik dalam silinder.
3. Aci engkol menukarkan pergerakan salingan omboh kepada pergerakan pusingan dan digunakan untuk memusing roda. Aci engkol biasanya diperbuat daripada keluli tempa timpa. Kemudian dimesin rapi untuk jurnal utama dan jurnal rod penghubung. Hujung hadapan aci engkol disambungkan ke mekanisme injap dan kapi untuk menggerakkan pam air dalam sistem penyejukan.
4. Hujung belakang aci engkol dihubungkan ke rod tenaga. Engkol offset diseimbangkan dengan agihan berat yang sekata untuk daya imbangan sekata ketika berputar. Jurnal utama menggegaskan aci engkol ke bongkah silinder melalui satu siri galas utama. Jurnal rod penghubung pula mencagakkan rod penghubung.
5. Aci berputar dalam galas utama dan dilincirkan melalui saluran liang gerudi dalam kotak engkol. Saluran liang gerudi dalam aci engkol meluluskan minyak pelincir ke jurnal rod penghubung. Galas tujahan digunakan untuk mencegah pergerakan hujung yang berlebihan.
No comments:
Post a Comment