FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Sunday, March 20, 2011

GALAS

1. Aci engkol dipegang dalam kedudukannya oleh galas utama di bongkah silinder enjin. Galas hujung besar pula menghubungkan rod penghubung dengan aci engkol. Ia digunakan untuk mengurangkan geseran bagi mencegah bahagian-bahagian bergerak daripada melekat atau rosak. Permukaan galas perlu mempunyai salur minyak yang mencukupi bagi membenarkan pelinciran. Galas biasanya diperbuat dalam bentuk belah atau separa.

2. Ciri-ciri Galas:

a. Galas mestilah mempunyai rintangan perampasan, antipenghaus lakuran, tetumpu diri,rintangan hakisan dan rintangan lesu.
b. Galas mestilah direka dengan teliti untuk memuaskan berbagai-bagai perbezaan keperluan.
c. Bahan galas dimuatkan ke dalam plat keluli dan memperteguhkan galas keluli.

3. Terdapat dua aloi yang digunakan untuk menyokong galas:

a. Aloi Galas Putih - Pepajal putih yang mengandungi unsur timah, timah hitam, antimoni dan zink digunakan ke plat sokong keluli.Bahan ini mudah mengadakan tapak dan mengurangkan rintangan lesu. Aloi ini sesuai untuk galas bebanan ringan dan digunakan pada kenderaan-kenderaan ringan sahaja.

b. Aloi Galas Kelmet - Ia terdiri daripada plat sokong keluli yang disalut dengan tembaga dan aloi timah hitam. Ia menghasilkan satu rintangan lesu yang lebih besar berbanding galas putih. Ia lebih keras sedikit dan disuaikan dengan jurnal aci engkol dan cemat engkol yang lebih keras. Galas kelmet sesuai untuk enjin kelajuan tinggi dan kerja berat. Sisip galas ialah kira-kira 1-3 mm tebal.

4. Apabila menggunakan aloi galas putih, lapisan aloi kira-kira setebal 0.1-0.3 mm dan bagi aloi galas kelmet pula kira-kira 0.2-0.5 mm. Untuk menambah sifat tetumpu diri, galas kelmet diplat dengan lapisan aloi timah kira-kira 0.05-0.02 mm. Ia dikenali sebagai galas pepejal ketiga.

5. Galas Persis - Kebanyakan sisip galas dibuat persis dan boleh ditukar ganti tanpa alat khas. Ia dikenali sebagai sisip persis atau galas jenis persis. Permukaan tembaga atau keluli galas disalut dengan satu lapisan nipis aloi. Galas ini mempunyai kebaikan iaitu mudah untuk memasang, tahan lasak, sifat ertumpu diri dan pengalir haba tinggi.

6. Kelegaan Minyak - Ia adalah perbezaan di antara garis pusat galas dan aci putar. Kelegaan ini digunakan untuk membenarkan minyak melewatinya dan mencegah sentuhan pepejal dengan pepejal. Terlalu banyak kelegaan minyak menjadikan galas hingar dan enjin membakar minyak. Pelinciran tidak cukup boleh menyebabkan galas rosak dan enjin mengalami perampasan.

No comments: