FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Monday, March 28, 2011

ACI SESONDOL

1. Binaan Aci Sesondol

Aci sesondol digunakan untuk mengawal pemasaan injap.Komponen sebuah aci sesondol. Satu sesondol digunakan untuk satu injap. Sesondol mengawal pembukaan dan penutupan injap pengambilan dan ekzos dalam aturan dengan pemasaan yang betul. Terdapat satu sesondol tak sepusat untuk mengendali pam bahan api. Satu gear serong digegaskan di aci ini untuk mengendali pengagih dan pam minyak.

2. Pemacu Aci Sesondol

Penting untuk melicinkan perjalanan perlakuan enjin yang mana injap dibuka dan ditutup pada jangkamasa yang betul dengan putaran aci engkol dan pergerakan omboh. Aci sesondol dipacu oleh aci engkol samaada dengan menggunakan:

a. gear
b. rantai
c. talisawat
d. gear serong dengan lurah berlidah

3. Dalam enjin 4-lejang, aci engkol berputar dua kali untuk melengkapkan satu kitar. Satu kitar merangkumi pengambilan, mampatan, kuasa dan ekzos. Pada masa yang sama (untuk melengkapkan satu kitaran) injap pengambilan dan injap ekzos di tiap silinder terbuka dan tetutup cuma sekali sahaja. Ini bererti aci sesondol berputar sekali pada tiap satu kitar atau dua pusingan aci engkol.

4. Oleh itu gear pemasaan pada aci sesondol mempunyai dua kali ganda jumlah gigi di gear pemasaan di aci engkol. Kedua-dua gear, kapi dan gegacu mempunyai tanda pemasaan. Apabila kedua-dua tanda sejajar, pergerakan omboh dan pemasaan injap disegerakkan.

5. Gear Pemasaan

Dalam enjin yang menggunakan aci sesondol atas, satu rantai pemasaan atau talisawat pemasaan (di samping penggunaan gear) juga digunakan untuk memacu aci sesondol. Gear pemasaan dalam aci engkol dan aci sesondol mempunyai tanda yang boleh disejajarkan dengan tanda diatas rantai atau talisawat untuk memastikan pergerakan omboh dan pemasaan injap dalam hubungan yang betul.

6. Penegang digunakan untuk menyelenggara ketegangan rantai atau talisawat.

2 comments:

woksyop gurl said...

salam~ xde ke information pasal oblique jig ?? da pening 'round' google ni tp xjmpe.. kalau ade boley tolong bg link x ? kalau ade dkt awk boley tlong post x ? thx~

Unknown said...

Tq for this