FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Thursday, April 28, 2011

PEMUTUS SESENTUH

1. Ia berfungsi sebagai pembuka dan penutup litar utama gegelung penyalaan bagi tujuan penstoran tenaga dan penukaran voltan. Ia dikendalikan oleh sesondol. Sebagai suis pemutus litar utama, ia dikendalikan mengikut aturan pembakaran enjin melalui pergerakan sesondol pengagih. Titik sesentuh mengandungi bahan bergred tinggi seperti aloi tungsten dan plantinum.

2. Ia terdiri daripada dua bahagian iaitu:

a. Satu kepingan muka pegun.
b. Satu kepingan boleh gerak dan berlengan.

3. Sesondol bertindak sebagai penggerak sius pemutus. Ia mengandungi cuping-cuping yang menunjukkan jumlah silinder enjin. Contoh, terdapat empat cuping sesondol, menunjukkan penggunaannya untuk enjin 4-silinder. Pergerakan pemutus ditetapkan oleh panjang lengkok dan lamanya ia berada di atas cuping sesondol.

4. Sudut yang tertutup ini dinamakan sudut inap (dwell). Sudut inap disukat dalam darjah dan boleh dilaraskan mengikut keperluan iaitu dengan melaras celahan sesentuh. Apabila jumlah silinder bertambah, sudut inap berkurangan. Contoh, sudut inap bagi 4-silinder ialah 50o , dalam enjin 6-silinder kira-kira 38o dan dalam enjin 8-silinder kira-kira 31o.

5. Jika celahan titik sesentuh terlalu luas sudut inap kecil, sesuai untuk penyalaan pada kelajuan rendah, kelajuan bagi titk terpisah besar mengurangkan percikan diantara titik dan dapat mengurangkan kehausan. Jika celahan titik sesentuh terlalu kecil, sudut inap pula besar, baik untuk penyalaan pada kelajuan tinggi. Masa inap juga panjang.

6. Oleh itu kelebihan tenaga disimpan dan percikan bunga api diantara titik bertambah pada kelajuan rendah, menyebabkan titik sesentuh cepat haus.

Kondenser Penyalaan

7. Ia bertujuan menyediakan sampukan persis arus utama dan memintas percikan diantara titik sesentuh. Ia dibina daripada lapisan kepingan timah yang ditebat oleh lapisan kertas berparafin atau mika. Lapisan kepingan timah dihubungkan selari kemudian dibentuk kepada dua kumpulan, tiap-tiap kumpulan disambungkan dengan satu punca penyambungan luar.

8. Lapisan tadi digulung dan berbentuk silinder dengan berpenebat supaya padat. Kondenser mestilah mempunyai keupayaan yang sesuai dengan sistem penyalaan. Keupayaan biasa ialah 0.13-0.24 ufd. Kerosakan kondenser bergantung kepada beberapa faktor utama iaitu bocor, hasil kesan sampingan dalam penebat dan kelembapan udara.

No comments: