Friday, December 25, 2009
BREK TANGAN TIDAK BERFUNGSI
2. Letak kenderaan di atas tempat yang rata. Lepaskan brek tangan sepenuhnya dan laraskan melalui nat pelarasan dengan kabel ke tahap yang sesuai. Selepas itu, tarik brek tangan dengan perlahan sehingga 4 bunyi “klik” kedengaran.
3. Hidupkan enjin, masukkan gear satu dan cuba gerakkan kenderaan dengan perlahan dan tarik brek tangan. Kereta sepatutnya berhenti sejurus sahaja brek tangan ditarik. Jika sebaliknya, laraskan semula sehingga ia dapat berfungsi sepenuhnya.
Thursday, December 24, 2009
BREK MAMPUNG
1. Udara dalam saluran hidraulik atau kebocoran pada silinder induk
Keadaan ini berlaku apabila terdapat udara dalam saluran hidraulik atau kebocoran pada atau silinder induk. Setiap kali selepas membaik pulih silinder induk, lakukan jujuhan terlebih dahulu sebelum memasang semula silinder pada kenderaan. Ini untuk mengeluarkan udara yang berada dalam silinder induk. Setelah memasangkannya pada kenderaan, lakukan pula jujuhan pada setiap roda mengikut susunan jujuhan.
Wednesday, December 23, 2009
BREK MENYERET
Jika ini berlaku, baik pulih komponen brek pada roda berkenaan dan gantikan komponen-komponen yang didapati rosak. Sebarang kerosakan akan jelas dilihat dengan mata kasar.
2. Omboh melekat di dalam silinder
Keadaan ini disebabkan oleh silinder yang berkarat teruk, dan kerana itu omboh tidak dapat ditolak keluar dari kedudukannya untuk menekan pelapik dan memberhentikan kenderaan.
Jika ini berlaku, buat kerja baik pulih terhadap angkup atau gelendong brek, dan tukarkan penebat getah, servis silinder serta bersihkan atau gantikan penutup habuk.
Tuesday, December 22, 2009
BREK MENCEKAM
1. Brek cakera atau brek gelendong berpiuh atau piring belakang longgar.
Jika ini berlaku, baik pulih brek cakera atau brek gelendong dan lakukan servis ke atasnya. Jika terdapat kerosakan pada mana-mana komponen brek, gantikan dengan alat ganti yang baru. Tukarkan pegas yang lemah atau patah.
2. Tiada jarak antara gelendong dengan pelapik brek.
Jika ini berlaku, letakkan kenderaan di atas penyokong. Kemudian pasang penahan pada roda yang berkenaan. Bebaskan kelegaan di antara gelendong dan pelapik brek. Selepas itu turunkan kenderaan, hidupkan enjin dan buat uji pandu ke atas kenderaan tersebut.
Monday, December 21, 2009
BREK MENYEBABKAN KERETA TERTARIK KE SEBELAH
1. Pelapik atau pad berminyak pada sebelah roda
Pelapik atau pad yang berminyak ini menyebabkan brek sebelah roda tergelincir dan tidak dapat berfungsi seperti pada roda-roda yang lain.
Jika ini berlaku, cara mengatasinya, adalah dengan membarai komponen brek pada sebelah roda berkenaan, dan memeriksa komponen yang rosak. Gantikan pelapik brek, penebat getah, atau penutup habuk jika perlu.
p/s: semua angin di dalam saluran hidraulik harus dikeluarkan melalui proses jujuhan. Jika angin tidak dikeluarkan, brek akan mampung semasa injak brek ditekan dan keberkesanan brek akan berkurangan.
Sunday, December 20, 2009
KERETA HANYA BERHENTI SELEPAS INJAK BREK DITEKAN JAUH KE BAWAH
Kehausan terjadi selepas pelapik brek atau pad brek digunakan dengan lama kerana setiap kalo pengguna kenderaan memandu, tentunya brek amat diperlukan. Setiap kali injak brek ditekan, pelapik atau pad bergeser dengan gelendong brek atau cakera brek. Lama-kelamaan pelapik atau pad tersebut akan semakin nipis.
Jika ini berlaku, tarikkan brek tangan dan naikkan kereta ke atas penyokong. Keluarkan roda dan tanggalkan pelapik atau pad brek daripada kedudukannya. Gantikan keratin lapik pad brek yang rosak dan pasangkan semula seperti sedia kala.
Hidupkan enjin dan jujuh sistem brek hidraulik sehingga tiada udara terkandung dalam sistem hidraulik. Sekiranya pelapik atau pad brek didapati licin tetapi masih tebal, gosok pelapik atau pad dengan kertas pasir halus untuk membuang lapisan yang licin. Kemudian, pasangkan semula.
Saturday, December 19, 2009
BREK HILANG KUASA MEMBERHENTIKAN KENDERAAN
1. Kerosakan berlaku pada pam induk brek.
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kerosakan getah penebat, dinding silinder pam induk bercalar, saluran hidraulik tersumbat, dan kebocoran dalam pam induk brek.
Jika ini berlaku, cara mengatasinya adalah dengan membaik pulih pam induk brek. Periksa dengan teliti komponen-komponen seperti penebat getah, dinding silinder, dan saluran hidraulik. Gantikan komponen yang rosak dan pasangkan semula pada kenderaan. Lakukan kerja penjujuhan semasa enjin sedang dihidupkan.
2. Getah penebat pada silinder roda bocor atau haus.
Kebiasaannya ternampak kebocoran atau cecair brek terkeluar daripada silinder roda yang rosak. Letakkan kenderaan di atas pendorong dan atas tempat yang rata. Tanggalkan roda yang akan mengeluarkan silinder roda. Rombak silinder roda yang bocor, dan gantikan komponen yang rosak(biasanya penebat getah). Pasangkan semula semua komponen pada kenderaan, hidupkan enjin dan jujuhan sistem brek bermula daripada roda yang paling jauh dan berakhir dengan roda yang terdekat dengan pam induk brek.
Friday, December 18, 2009
SISTEM BREK
2. Terdapat 2 jenis system brek yang digunakan oleh kenderaan masa kini, iaitu system brek hidraulik dan sistem brek mekanikal. Kebanyakan kenderaan masa kini menggunakan teknologi sistem brek hidraulik kerana kuasa pemberhentikannya lebih baik daripada brek mekanikal.
3. Brek hidraulik menggunakan kuasa bendalir hidraulik untuk beroperasi. Bagi brek hidraulik, ia dipasang gabungan brek cakera dan brek gelendong. Brek cakera dipasang dibahagian roda depan manakala brek gelendong dipasang di bahagian roda belakang.
4. Ini bertujuan, sekiranya mana-mana satu brek tersebut mengalami kegagalan berfungsi maka brek yang satu lagi dapat menyelamatkan keadaan untuk memberhentikan kenderaan.
5. Brek merupakan peranti yang menggunakan kuasa geseran untuk memperlahankan atau memberhentikan mekanisme atau komponen brek seperti gelendong brek atau cakera brek daripada terus bergerak. Dalam sistem tersebut terdapat berbagai-bagai kerumitan berlaku, yang boleh menggagalkan kenderaan daripada berhenti seperti yang dikehendaki oleh pemandu. Antara kerumitan yang sering berlaku adalah:
a. Brek hilang kuasa memberhentikan kenderaan.
b. Kereta hanya berhenti selepas injak brek ditekan jauh ke bawah.
c. Brek menyebabkan kereta tertarik ke sebelah.
d. Brek mencekam.
e. Brek menyeret.
f. Brek mampung.
g. Brek tangan tidak berfungsi.
Wednesday, December 16, 2009
HON TIDAK HENTI BERBUNYI
2. Cara mengatasinya adalah dengan menanggalkan terminal bateri. Betulkan pendawaian dan pasangkan semula terminal bateri. Kemudian tekan suis hon. Hon akan berbunyi dan selepas dilepaskan, ia mesti berhenti berbunyi.
3. Sekiranya hon masih berbunyi, ketuk hon berkenaan dengan perlahan menggunakan pemutar skru untuk membuka titik sentuh yang melekat.
Tuesday, December 15, 2009
NADA HON TIDAK NYARING
2. Jika ini berlaku, hidupkan enjin dan tekan injak ke tahap kelajuan 1500 putaran per minit dan tekan suis hon. Selepas itu, matikan enjin dan sekali lagi tekan suis hon.
3. Sekiranya apabila enjin dihidupkan bunyi hon nyaring dan setelah enjin dimatikan bunyi hon lemah, ini menunjukkan bateri perlu dicas. Cas bateri atau dapatkan bateri yang masih bertenaga untuk mengeluarkan nada hon yang nyaring.
Sunday, December 13, 2009
HON TIDAK BERBUNYI LANGSUNG
1. Penyambung hon dengan geganti hon terputus atau wayar penyambung antara hon tercabut (putus)
Jika ini berlaku, sambungkan wayar yang putus, dan cuba tekan hon. Ia mesti berbunyi.
2. Geganti hon rosak
Jika ini berlaku, tukarkan dengan geganti hon yang baru.
3. Fius pengawal arus ke hon terputus
Tukarkan fius dengan jumlah ampere yang sama.