1. SEDEKAH.
2. ILMU YANG BERMANFAAT.
3. ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH.
Semua yang hidup akan mati..
Adakah kita setiap hari bersedekah?
Adakah kita telah mengajar ilmu yang kita perolehi kepada orang lain?
Adakah kita telah mengajar anak kita mulai saat kecil lagi?
Sebenarnya, jutawan akhirat yang dimaksudkan ialah apa yang telah kita
buat pada hari ini yang mendatangkan PASIF PAHALA kepada kita selepas
kita mati nanti.
Dunia ini adalah laluan untuk menebus akhirat.
Banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan PASIF PAHALA di akhirat kelak. Sebagai contoh:
SEDEKAH:
memberi sumbangan untuk membuat tangga masjid. Setiap orang yang lalu
di masjid dan menggunakan tangga tersebut, pahalanya akan kita perolehi
sampai bila-bila..dan selepas kita mati pun PASIF PAHALA akan sentiasa
dapat.
ILMU:
Apabila mengajak orang untuk berselawat dan
menyatakan fadhilatnya kepada mereka, setiap amalan yang mereka buat
setelah ilmu yang kita ada diberikan kepada mereka. Secara tak langsung,
PASIF PAHALA akan kita perolehi sampai bila-bila walaupun selepas kita
mati.
ANAK YANG SOLEH:
Mengajar anak untuk bercakap
perkara yang baik-baik. Setiap percakapan anak kita yang baik-baik,
setiap saat itulah akan mendatangkan PASIF PAHALA kepada kita tanpa
henti walaupun selepas kita mati.
Jadi sementara kita masih
hidup di dunia ini, Lakukan lah SEDEKAH dengan lebih banyak.
Sumbangkanlah ILMU dengan lebih banyak. Ajarkanlah ANAK MENJADI ANAK
yang soleh/solehah.
Dan sentiasalah tanya pada diri kita..APA LAGI yang kita BOLEH BUAT..utk mendapatkan PASIF PAHALA dan menjadi JUTAWAN AKHIRAT.
Untuk tempahan SILA HUBUNGI
013 2672007 (Nisa)
013 2672008 (Ilyas)
No comments:
Post a Comment