1. Kejadian seperti ini selalu berlaku apabila kenderaan berhenti semasa lampu isyarat berwarna merah, semasa kesesakan lalu lintas atau setelah memandu dengan kelajuan tinggi. Ini adalah disebabkan oleh pelaras melahu tidak dipusing dengan betul, dan campuran antara bahan api dengan angin terlalu kurang. Pendikit perlu dibuka dengan lebih luas supaya kelajuan enjin dapat stabil, dan jika injak dilepaskan enjin akan mati. 2. Jika ini berlaku, pusing skru melahu bahan api melawan pusingan jam sedikit demi sedikit sambil mendengar bunyi enjin sehingga kelajuannya bertambah laju, antara 700 – 750 ppm tercatat pada papan pemuka.
No comments:
Post a Comment