2. Di dalam kebuk apung terdapat beberapa komponen lain seperti injap yang mengawal kemasukan bahan api ke karburetor, pencekik, injap kawalan kemasukan udara, injak pendikit, bebola, jet utama, jet pemelahuan dan penapis bahan api.
3. Di bahagian luar karburetor terdapat komponen pelaras karburetor, iaitu skru pelaras angin dan skru pelaras bahan api. Skru pelaras bahan api digunakan untuk melaras kuantiti bahan api. Manakala skru pelaras angin digunakan untuk melaras jumlah kemasukan angin yang akan dicampurkan dengan bahan api pada nisbah yang diperlukan mengikut kehendak dan keadaan enjin.
4. Jika kenderaan bergerak laju, nisbah campuran nisbah bahan api akan sampai ke tahap 13 – 14.7:1 (13 – 14.7 bahagian angin dan 1 bahagian bahan api) iaitu nisbah yang ideal untuk enjin kereta.
5. Antara masalah yang mungkin timbul berkaitan dengan karburetor adalah seperti berikut:
a. Enjin tidak dapat melahu dengan sempurna.
b. Enjin kurang berkuasa.
c. Enjin mati dengan tiba-tiba.
d. Enjin mudah dihidupkan tetapi bergegar dan kemudiannya terhenti.
e. Karburetor dibasahi dengan bahan api selepas memandu.
No comments:
Post a Comment