FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Monday, August 31, 2009

PAM TIDAK MEMBEKALKAN BAHAN API YANG MENCUKUPI KE KARBURETOR

1. Adakah penapis bahan api berfungsi dengan sempurna?

Penapis bahan api yang tidak dibersihkan daripada sebarang kotoran akan menyebabkan pelampung dilaras terlalu rendah lalu menyebabkan injap tertutup terlalu awal. Ini mengakibatkan bekalan untuk karburetor berfungsi dengan baik tidak mencukupi.

Jika ini berlaku, baraikan karburetor, dan laraskan pelaras lengan pelampung dalam keadaan lurus. sebelum memasang semula komponen, tiupkan saluran petol pada karburetor dengan udara bertekanan tinggi. Pasangkan gasket baru untuk mengelakkan kebocoran petrol semasa karburetor beroperasi.

Selepas karburetor siap dipasang pada enjin, hidupkan enjin dan perhatikan aras petrol dalam mangkuk pelampung yang bolehdilihat daripada bahagian tepi kaburetor melalui kaca penglihatan. Aras bahan api hendaklah sekurang-kurangnya separuh penuh dalam mangkuk pelampung. Jika terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan bahan api membanjiri karburetor.
2. Kemungkinan talian bahan api terselit atau mengecil.

Kadangkala talian bahan api tersempit atau mengecil tanpa disedari. Biasanya jika talian tersempit, ia akan menyekatkan ruang untuk bahan api mengalir, dan bekalan yang dihantar ke karburetor tidak mencukupi.

Perkara yang sama juga terjadi selepas paip bahan api yang patah disambung dengan kimpalan gas. Untuk mengatasi masalah ini,bukakan sambungan paip bahan api ke karburetor. Hujung paip tersebut ditadah dengan bekas untuk mengelakkan bahan api tumpah. Kemudian, cuba hidupkan enjin dan perhatikan semburan daripada paip tersebut. Jika tekanan bahan api yang keluar melalui paip didapati tidak kuat, gantikan paip bahan api itu.

No comments: