FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Sunday, August 30, 2009

PAM GAGAL MENGHANTAR BAHAN API KE KARBURETOR

1. Adakah terdapat bekalan bahan api yang cukup di dalam tangki?

Apabila pam gagal menghantar bahan api ke karburetor pastikan sama ada terdapat tidak tangki bekalan bahan api di dalam atau tolok bahan api rosak dan sentiasa menunjukan penunjuk ke arah (F).

Jika tiada bekalan, masukan bahan api ke dalam tangki, perhatikan dan pastikan penunjuk pada tolok. Jika penunjuk pada tolok berubah mengikut kuantiti bahan api yang dimasukan ke tangki, tolok berada dalam keadaan baik.

Sebaliknya, jika penunjuk tidak berubah, perlu mengeluarkan tolok bahan api untuk dibaiki ataupun ditukar dengan yang baru.

2. Kemungkinan penapis bahan api tersumbat

Bahan api petrol yang dimasukkan ke dalam tangki bahan api selalunya mengandungi abuk, debu dan air. Bahagian dasar tangki pula,selepas lama digunakan, terdapat kerak karat yang kemudiannya akan disedut oleh pam bahan api melalui penapis petrol.

Inilah yang menyebabkan penapis tersumbat. Jika ini berlaku, keluarkan penapis bahan api daripada enjin dan semburkan dengan udara bertekanan tinggi secara bertentangan dengan pengaliran bahan api dalam sistem bahan api sesebuah enjin.
3. Pam didapati tidak menyedut petrol daripada tangki.

Jika berlaku keadaan sebegini, ia disebabkan oleh gegendang terkoyak atau bocor atau pegas telah lemah dan tidak mampu menarik gegendang dengan kuat untuk menyedut petrol daripada tangki.

Lengan jumpelang pam yang terlalu pendek pun akan mengakibatkan tunjal gegendang tidak bergerak dan tiada vakum dicapai untuk menyedut petrol daripada tangki. Kebanyakan pam bahan api masa kini adalah jenis pasang terus dan tidak dapat dibarai (dipisah-pisahkan) komponennya.

Jika ini berlaku, cara mengatasinya adalah dengan membuka pam bahan api daripada enjin, dan digantikan dengan yang baru. Pastikan lengan jumpelang sama panjang dengan yang lama.

No comments: