FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Monday, August 24, 2009

SISTEM PENYEJUKAN

1. Jika enjin beroperasi secara berterusan, komponen yang bergesel akan mengeluarkan suhu yang tinggi. Walaupun jika suhu berkenaan tidak dikurangkan, ia akan merosakkan komponen - komponen yang sering beroperasi.

2. Sistem penyejukan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penyejukan cecair yang menggunakan bahan penyejuk khas iaitu etil glikol, dan yang satu lagi ialah penyejukan angin yang menggunakan angin yang ditarik melalui kipas ke arah tangki pengalih haba dan bahagian lain enjin.

3. Penyejukan cecair menyejukkan suhu panas di bahagian dalam enjin dan penyejukan angin menyejukkan bahagian luar enjin. Sesebuah enjin menggunakan kombinasi sistem penyejukan cecair dan sistem penyejuk angin.

4. Kebanyakan enji kereta model tahun 1980-an dan 1990-an menggunakan kipas penyejuk automatik yang cuma berfungsi pada takat suhu yang tertentu sahaja. Namun begitu, kedua-dua jenis sistem ini selalu mengalami kerosakan yang akan menggugat kesempurnaan operasi sesebuah enjin.

5. Antara kerosakan yang sering berlaku ialah:

a. Enjin terlalu panas.
b. Cecair dalam tangki air radiator sering berkurangan.
c. Terdapat kesan minyak pelincir dalam cecair radiator.

No comments: