FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Wednesday, August 26, 2009

CECAIR DALAM TANGKI AIR RADIATOR SERING BERKURANGAN

1. Cecair dalam tangki air radiator sering berkurangan walaupun tiada kesan kebocoran pada bahagian luar enjin. Kerosakan seperti ini memang sukar dikesan tanpa alat penguji tekanan.

2. Kerosakan ini kemungkinana disebabkan oleh dinding silinder yang retak dan cecair memasuki silinder sedikit demi sedikit semasa lejang kuasa. Untuk memastikan kerosakan, uji tekanan dalam sistem penyejukan dengan alat penguji tekanan. Bacaan tekanan dalam sistem penyejukan adalah antara 10-15 bar. Jika tekanan berkurangan semasa alat penguji ditekan, dan pada masa yang sama, tidak terdapat sebarang kebocoran daripada sambungan hos air atau pam air, maka disahkan kebocoran pada dinding silinder.

3. Jika ini berlaku, keluarkan semua cecair daripada enjin, dan gantikan pelapik silinder yang bocor atau retak dengan saiz yang sama, atau enjin kereta tersebut perlu ditukar dengan enjin blok terpakai ataupun dengan yang baru.

No comments: