FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Tuesday, August 25, 2009

ENJIN TERLALU PANAS

1. Cecair tidak ditambah setiap hari

beberapa kemungkinan boleh menyebabkan air berkurangan dan radiator menjadi kering pada setiap hari. Selalunya, kerosakan berlaku pada gasket penebat pam air yang telah bocor atau haus setelah lama digunakan.

Jika ini berlaku, keluarkan pam air daripada enjin dan periksa kesan cecair yang menitik daripada injap semak pam. Jika terdapat tanda kebocoran, buka komponen pam air dan gantikan penebat. Kemudian pasang semula dan uji kebocoran.
2. Hos aliran cecair rosak
Periksa juga hos aliran cecair daripada radiator kepada pam cecair, dan daripada enjin blok kepada radiator. Jika hos didapati terseliuh atau patah, pengaliran cecair daripada tangki cecair tidak akan mengalir dengan bebas dalam sistem penyejukan lalu mengakibatkan enjin terlalu lembut, gantikan dengan yang baru.

3. Termostat tidak beroperasi walaupun pada suhu tinggi

Selalunya terdapat termostat tidak beroperasi seperti yang dijangka, atau cecair dalam radiator tidak berubah walaupun pada suhu yang tinggi. Injap termostat sepatutnya terbuka apabila suhu meningkat hingga 26 darjah celcius. Jika hal ini berlaku, keluarkan daripada enjin dan periksa sama ada injap dapat terbuka atau tertutup. Masukkan termostat ke dalam balang yang hampir berisi air dan masukkan meter suhu ke dalam balang tersebut.

Panaskan cecair dan perhatikan pergerakan injap termostat. Ia sepatutnya mula terbuka pada tahap suhu 79-80 darjah celcius bagi termostat yang bertanda 82 darjah celcius. Jika injap tidak terbuka selepas 82 darjah celcius itu tandanya injap itu rosak. Untuk mengatasi kerosakan seperti ini ganti termostat yang baru dengan suhu operasi sama seperti yang lama.

4. Jeriji radiator terseumbat atau mengempis

Cara membaikinya adalah dengan mengeluarkan radiator daripada enjin dan melakukan pancuran bertentangan. Proses ini adalah untuk membuang kotoran daripada jeriji radiator.

No comments: