FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Saturday, October 3, 2009

SISTEM PENCUCUHAN

1. Tujuan sistem pencucuhan dalam kenderaan adalah untuk mengagihkan voltan. Voltan sejumlah 12 volt daripada bateri melalui gelung utama hingga ke tahap 40 000 Volt melalui gelung sekunder ke palam pencucuh yang melalui kabel voltan tinggi.

2. Ini supaya percikan api dapat meloncat di antara elektrod positif dan elektrod bumi untuk menyalakan campuran bahan api dan angin dalam kebuk pembakaran enjin pada masa yang tertentu.
3. Sistem pencucuhan memainkan peranan yang paling utama pada sesebuah enjin dari segi kuasa, ekonomi dan kawalan pancaran. Sistem pencucuhan mesti menghasilkan voltan tinggi arus elektrik ke silinder mengikut susunan pembakaran yang betul.

4. Sistem ini memerlukan pelbagai jenis senggaraan termasuk menggantikan komponen yang rosak seperti menggantikan palam pencucuh, titik sentuh, tukup pengagih dan menservis bahagian dalam tukup pengagih supaya kuasa enjin berada pada tahap yang maksimum. Bagi enjin yang dipasang dengan sentuh, jarak (larasan) titik sentuh menentukan keupayaan pecutan dan operasi sesebuah kenderaan.

5. Sistem pencucuhan elektronik pula tidak terkecuali daripada kerosakan. Ini juga memerlukan kerja senggaraan yang secukupnya dengan kelengkapan seperti penganalisis enjin, takometer dan lampu pemasaan.

6. Antara masalah yang sering berlaku dalam sistem pencucuh adalah seperti berikut:

a. Tiada percikan api pada titik sentuh.

b. Gelung pencucuh cepat panas dan enjin tidak beroperasi dengan normal atau tiba-tiba mati.

c. Enjin berfungsi melalui tiga silinder.

No comments: