Tolok minyak rosak
Periksa tekanan dengan menggunakan tolok tekanan. Sekiranya kesilapan berlaku pada injap pelega tekanan, injap tersebut hendaklah ditukar dengan segera.
Asap hitam keluar dengan banyaknya melalui ekzos
Masalah ini hanya dapat diatasi dengan kerja baik pulih enjin tersebut. Biasanya masalah ini terjadi pada kereta lama yang enjinnya tidak pernah dibaik pulih.
Friday, July 31, 2009
TEKANAN MINYAK PELINCIR TERLALU RENDAH
Minyak pelincir berkurangan dalam takungan minyak
Gunakan batang celup untuk memeriksa aras minyak dalam takungan minyak. Jika minyak bocor keluar daripada gasket takungan minyak, gantikan gasket tersebut.

LAMPU AMARAN MINYAK PELINCIR TIDAK PADAM SETELAH ENJIN DIHIDUPKAN
Suis tekanan minyak pelincir rosak
Langkah pertama adalah memeriksa aras minyak pelincir dengan batang celup. Aras minyak sepatutnya pada kedudukan H (High). Sekiranya aras minyak mencukupi, buka injap semak tekanan dan pasangkan tolok tekanan. Jika ia rendah, tolakkan bebola ke dalam dengan pemusing skru. Mungkin bebola tidak membuka kebuk pelinciran dengan sepenuhnya.
Kabel suis tekanan minyak tersentuh badan kenderaan
Sambungkan kabel yang terputus dengan penyambung wayar dan perhatikan perubahan pada lampu amaran minyak pelincir yang sepatutnya padam.

PENGGUNAAN MINYAK PELINCIR YANG BERLEBIHAN
Dinding silinder dan gelang omboh telah rosak
Ujian mampatan pada setiap seilinder dengan tolok mampatan. Jika bacaan kurang daripada 10 Psi di kebanyakan silinder, gelang omboh perlu diganti. Jika tidak menggantikannya, minyak pelincir akan masuk ke kebuk pembakaran dan mengeluarkan asap hitam daripada paip ekzos. Ini juga akan menyebabkan sering berlaku kekurangan minyak pelincir dalam takungan minyak pelincir dan akan membahayakan enjin tersebut. Enjin yang terlalu panas tidak dapat mengeluarkan kuasa sepenuhnya.
Walaubagaimanapun, setelah membuka omboh serta gelangnya sekali, didapati dinding silinder bercalar. Penjaraan lubang silinder perlu dibuat untuk mendapatkan dinding silinder yang licin dan kemas.

Sunday, July 26, 2009
SISTEM PELINCIRAN
1. Sistem ini bertujuan untuk mengurangkan geseran dan kehausan pada setiap komponen yang bergerak di dalam enjin serta menghindarkan kepanasan yang mungkin terjadi akibat daripada pergeseran komponen-komponen tersebut. Bahan pelicin tersebut termasuklah minyak enjin, minyak gear, minyak pembeza dan minyak gris.
2. Enjin kereta mengandungi bahagian dan komponen yang minyak pelincir dapat mengalir melaluinya bagi mengurangkan pergeseran dan kehausan. Minyak pelincir enjin melicinkan semua jenis galas, aci engkol, aci oleng, omboh dan gelang omboh serta dinding silinder.
3. Dengan adanya bahan pelincir ini yang memainkan peranan sebagai pemisah antara dua permukaan komponen yang bergerak maka geseran dan kehausan dapat dikurangkan. Dengan ini minyak enjin seharusnya memainkan pelbagai peranan seperti yang berikut:
a. Mengurangkan pergeseran.
b. Menyerap lantunan enjin semasa kitaran kuasa.
c. Menjadi penebat antara gelang omboh dan dinding silinder.
d. Menyejuk dan membersihkan bahagian dalaman enjin.
4. Memandangkan sistem ini sentiasa berfungsi selagi enjin beroperasi, pelbagai jenis kerosakan pada komponen-komponen tidak dapat dielakkan. Antara kerosakan yang sering berlaku berkaitan dengan sistem ini, termasuklah:
a. Penggunaan minyak pelincir yang berlebihan.
b. Lampu amaran minyak pelincir tidak padam setelah enjin dihidupkan.
c. Tekanan minyak pelincir terlalu rendah.
d. Tekanan minyak pelincir terlalu tinggi.
e. Titisan minyak di bahagian bawah kereta.

Friday, July 17, 2009
BUNYI KETUKAN DARIPADA ENJIN
1. Kerosakan galas dan tukup galas
selalunya ketukan yang kedengaran daripada enjin blok adalah disebabkan oleh kehausan yang berlebihan pada galas atau tukup galas. Masalah seperti ini hanya dapat diatasi dengan membaik pulih enjin. Tetapi, jika bunyi ketukan tidak terlalu bising, ia boleh diatasi dengan menggunakan minyak pelincir enjin yang tebal seperti SAE40.
2. Bunyi ketukan semasa enjin panas
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh endapan karbon dalam kebuk pembakaran atau penggunaan oktana bahan api yang terlalu rendah bagi enjin berkenaan. Cuba tukar dengan bahan api gred lain seperti daripada bahan api jenis ekstra kepada bahan api jenis tanpa plumbum.

Thursday, July 16, 2009
ENJIN TIDAK DAPAT DIHIDUPKAN
1. Adakah bateri telah lemah?
Meter volt digunakan untuk menguji jumlah voltan yang terkandung dalam bateri tersebut. Jika bateri telah lemah, gantikan dengan bateri yang telah dicas sepenuhnya. Voltan bateri untuk menghidupkan enjin hendaklah tidak kurang daripada 10 Volt. Jika tiada bateri yang lain untuk tujuan tersebut, gunakan 'pengecas cepat' untuk menambah voltan bateri pada kenderaan yang hanya untuk menghidupkan enjin.
2. Fius terbakar
Buka penutup kotak fius dan periksa fius yang digunakan untuk mengawal enjin. Rujuk maklumat dikotak fius bertanda 'engine'. Jika fius tersebut didapati terbakar, gantikan dengan yang baru dan dengan jumlah ampere yang sama. Contohnya, enjin control menggunakan fius 15 ampere.
3. Kerosakan pada sistem pencucuh
Cabut kabel voltan tinggi dari tengah pengagih dan letak pada jarak kira-kira 5 mm daripada punca bumi (badan kereta). Cuba hidupkan enjin dan pastikan terdapat bunga api melompat di antara elektrod tengah dan punca bumi. Jika tidak terdapat percikan api di antara kabel dan punca bumi, kerosakan dijangkakan berlaku pada gelung pencucuh. Gantikan gelung pencucuh dengan yang baru.
4. Titik sentuh rosak
Buka tukup pengagih dan cuba hidupkan enjin. Perhatikan percikan api melompat di antara titik sentuh sejurus sahaja ia terbuka. Jika tiada percikan api menyala di antara titik sentuh maka ini menunjukkan titik sentuh telah rosak, dan perlu diganti.
Kadangkala selepas memasang titik sentuhyang baru, tidak terdapat percikan api di antara titik sentuh tersebut sejurus sahaja ia dibuka (kedudukan suis pencucuh pada 'ON'. Sekiranya berlaku seperti ini, periksa wayar dari titik sentuh ke gelung pencucuh yang tidak bersentuh dengan punca bumi (badan kereta).
Titik sentuh yang didapati mengandungi endapan karbon yang berlebihan boleh menghalang bunga api daripada menyala, dan enjin tidak dapat dihidupkan. Servis titik sentuh dengan menggunakan kertas pasir yang halus untuk membuang karbon.
5. Tangki bahan api kosong
Cabut hos keluaran bahan api daripada pam bahan api dan cuba hidupkan enjin. Semasa keadaan ini, bahan api dijangka terpancut daripada hos tersebut. Jika tidak terdapat bahan api keluar daripada hos keluaran, mungkin tiada bahan api dalam tangki. Periksa tangki bahan api dan masukkan bahan api ke dalam tangki dan bahan api tersebut tidak terpancut, mungkin kerosakan berlaku pada pam bahan api dan ini perlu diganti.

Wednesday, July 15, 2009
ENJIN KEKURANGAN KUASA
1. Dinding silinder terlalu haus atau gelang omboh haus atau patah dalam silinder.
Cara untuk memastikan kerosakan tersebut adalah dengan menggunakan tolok mampatan yang dipasang pada lubang palam pencucuh bagi setiap silinder. Setelah mengeluarkan palam pencucuh, pusingkan aci engkol dan periksa tahap mampatan pada setiap silinder. Jika tahap mampatan kurang daripada 10 bar, itu tandanya gelang omboh sudah haus dan akan menyebabkan enjin kekurangan kuasa serta memerlukan kerja baik pulih.
2. Kelajuan melahu dilaras tanpa mengikut buku panduan servis
Apabila melaras kelajuan enjin semasa melahu sentiasalah merujuk buku panduan servis. Contohnya, enjin Proton Saga 1.3liter, kelajuan melahu ialah 650-750 putaran per minit(ppm). Enjin Datsun, kelajuan melahu ialah 750 ppm.
3. Pemutus sentuh terbakar atau haus teruk
Apabila pemutus sentuh terbakar atau haus, voltan yang tinggi tidak dapat mengalir sepenuhnya melalui sentuh. Oleh itu, buka tukup pengagih, cabut kabel voltan daripada tukup pengagih dan buka suis pencucuh. Perhatikan sama ada terdapat bunga api melompat antara titik sentuh tersebut. Jika tiada bunga api antara titik sentuh, gantikan dengan titik sentuh yang baru. Kelegaan pemutus sentuh adalah antara 0.30-0.45 mm.
4. Minyak pelincir melebihi aras maksimum
minyak pelincir yang melebihi aras maksimum boleh menyebabkan aci engkol terlalu berat untuk berputar. Periksa aras minyak enjin menggunakan batang celup dan kurangkan jika perlu.
5. Palam pencucuh rosak
Jika terdapat palam pencucuh rosak, enjin akan beroperasi menggunakan dua atau tiga silinder palam sahaja. Untuk rawatan masalah ini, buka palam pencucuh dengan perengkuh palam pencucuh dan periksa keadaan elektrod tengah dan elektrod bumi. Jika terdapat kesan terbakar atau elektrod tengah terlalu pendek, gantikan palam pencucuh tersebut.
6. Enjin melahu terlalu laju
Periksa kelajuan melahu dengan penganalisis enjin atau takometer. Spesifikasi servis tentang kelajuan melahu iaitu antara 700-850 ppm. Kebanyakan kereta mempunyai meter kelajuan pada papan pemuka dan kelajuan enjin dapat dikesan melalui meter tersebut.

| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | |

SISTEM ENJIN
1. Enjin merupakan sebuah mesin yang digunakan untuk menukarkan tenaga haba kepada tenaga mekanikal dan seterusnya menggerakkan sesebuah kereta. Enjin kereta dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu enjin pembakaran dalaman dan enjin pencucuhan mampatan.
2. Enjin pembakaran dalaman menggunakan bahan api jenis petrol, beroperasi terbahagi dengan dua cara iaitu dipasang dengan karburetor atau jenis sistem pancitan bahan api elektronik.
3. Manakala enjin pencucuhan mampatan menggunakan bahan api jenis diesel, beroperasi menggunakan campuran bahan api dan udara yang dibakar melalui proses mampatan tinggi.
4. Kerosakan yang sering terjadi adalah:
a. Enjin kekurangan kuasa.
b. Enjin tidak dapat dihidupkan.
c. Bunyi ketukan daripada enjin.
Tuesday, July 7, 2009
JADUAL PENYENGGARAAN KERETA
MINGGUAN
1. Periksa aras bahan penyejuk
2. Periksa aras cecair brek
3. Periksa aras elektrolit bateri
4. Penuhi air pencuci cermin depan
5. Periksa aras minyak enjin
6. Periksa tekanan tayar
SETIAP 10,000 KM
1. Periksa titik pemutus sentuh
2. Periksa pemasaan pencucuhan
3. Ganti palam pencucuh
4. Periksa pelarasan injap
5. Tukar pen.apis minyak
6. Periksa aras minyak kotak gear
7. Periksa aras minyak kotak gear
8. Periksa lampu, hon, penunjuk dan pengelap/pencuci cermin
9. Larasi tali kipas
10. Periksa komponen sistem stereng
11. Minyaki semua pengunci dan engsel
12. Periksa keadaan tali pinggang keledar
13. Periksa sistem pembrekan
14. Tukar minyak enjin
15. Periksa pelarasan cekam
16. Periksa aras minyak unit kebezaan
17. Periksa pelarasan karburetor
SETIAP 20,000 KM
1. Larasi galas roda hadapan
2. Ganti elemen pembersih udara
3. Tukar penapis bahan api
SETIAP 40,000 KM
1. Tukar cecair brek
2. Senggara sistem penyejukan
Friday, July 3, 2009
Pengenalan kereta
1. Sejak kenderaan direka pada penghujung abad ke-18, pelbagai perubahan teknologi telah dilakukan bagi memastikan kenderaan dapat beroperasi dengan lebih cekap, enjin lebih berkuasa dan mempunyai kelajuan yang maksimum.
2. Enjin yang dulunya dipasangkan dengan karburetor kini diubah kepada enjin yang menggunakan teknologi sistem pancitan bahan api elektronik (PBE). Sistem ini menggunakan meter aliran udara atau pendikit yang beroperasi melalui penderia elektronik dan mikrokomputer. Fungsinya adalah untuk memastikan enjin beroperasi dengan penggunaan bahan api yang lebih ekonomi dan kuasa pecutan yang optimum.
3. Jumlah penggunaan injap masuk yang pada awalnya hanya menggunakan satu injap masing-masing untuk saluran masuk dan saluran ekzos kini ditambahkan kepada dua atau tiga injap masuk pada setiap silinder. Pada silinder tersebut dipasangkan juga pengecas turbo semata-mata untuk menambahkan lagi kuasa sedut angin masuk dan mempercepat pembakaran di dalam kebuk pembakaran enjin dan meningkatkan lagi pecutan kenderaan.
4. Sekiranya berlaku kerosakan pada kenderaan, pemilik atau pengguna kereta seharusnya mengetahui tanda-tanda dan cara mengenali kerosakan atau diagnosis serta cara-cara mengatasi sebarang kerosakan tersebut setiap masa.
5. Terdapat banyak pemilik kereta membelanjakan sejumlah kos yang tinggi untuk menyenggara dan menservis kereta mereka pada setiap tahun. Untuk mengurangkan beban sedemikian, pemilik seharusnya berkebolehan mengenali tanda asas kerosakan pada kenderaan mereka supaya kos pembaikan dapat dikurangkan.
6. Next topik saya akan menyenaraikan jadual penyengaraan kenderaan untuk mingguan, 10,000 km, 20,000 km, dan 40,000 km.
Subscribe to:
Posts (Atom)