FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Thursday, July 16, 2009

ENJIN TIDAK DAPAT DIHIDUPKAN

1. Adakah bateri telah lemah?

Meter volt digunakan untuk menguji jumlah voltan yang terkandung dalam bateri tersebut. Jika bateri telah lemah, gantikan dengan bateri yang telah dicas sepenuhnya. Voltan bateri untuk menghidupkan enjin hendaklah tidak kurang daripada 10 Volt. Jika tiada bateri yang lain untuk tujuan tersebut, gunakan 'pengecas cepat' untuk menambah voltan bateri pada kenderaan yang hanya untuk menghidupkan enjin.

2. Fius terbakar

Buka penutup kotak fius dan periksa fius yang digunakan untuk mengawal enjin. Rujuk maklumat dikotak fius bertanda 'engine'. Jika fius tersebut didapati terbakar, gantikan dengan yang baru dan dengan jumlah ampere yang sama. Contohnya, enjin control menggunakan fius 15 ampere.

3. Kerosakan pada sistem pencucuh

Cabut kabel voltan tinggi dari tengah pengagih dan letak pada jarak kira-kira 5 mm daripada punca bumi (badan kereta). Cuba hidupkan enjin dan pastikan terdapat bunga api melompat di antara elektrod tengah dan punca bumi. Jika tidak terdapat percikan api di antara kabel dan punca bumi, kerosakan dijangkakan berlaku pada gelung pencucuh. Gantikan gelung pencucuh dengan yang baru.

4. Titik sentuh rosak

Buka tukup pengagih dan cuba hidupkan enjin. Perhatikan percikan api melompat di antara titik sentuh sejurus sahaja ia terbuka. Jika tiada percikan api menyala di antara titik sentuh maka ini menunjukkan titik sentuh telah rosak, dan perlu diganti.
Kadangkala selepas memasang titik sentuhyang baru, tidak terdapat percikan api di antara titik sentuh tersebut sejurus sahaja ia dibuka (kedudukan suis pencucuh pada 'ON'. Sekiranya berlaku seperti ini, periksa wayar dari titik sentuh ke gelung pencucuh yang tidak bersentuh dengan punca bumi (badan kereta).
Titik sentuh yang didapati mengandungi endapan karbon yang berlebihan boleh menghalang bunga api daripada menyala, dan enjin tidak dapat dihidupkan. Servis titik sentuh dengan menggunakan kertas pasir yang halus untuk membuang karbon.

5. Tangki bahan api kosong

Cabut hos keluaran bahan api daripada pam bahan api dan cuba hidupkan enjin. Semasa keadaan ini, bahan api dijangka terpancut daripada hos tersebut. Jika tidak terdapat bahan api keluar daripada hos keluaran, mungkin tiada bahan api dalam tangki. Periksa tangki bahan api dan masukkan bahan api ke dalam tangki dan bahan api tersebut tidak terpancut, mungkin kerosakan berlaku pada pam bahan api dan ini perlu diganti.

No comments: