FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Wednesday, July 15, 2009

ENJIN KEKURANGAN KUASA

1. Dinding silinder terlalu haus atau gelang omboh haus atau patah dalam silinder.

Cara untuk memastikan kerosakan tersebut adalah dengan menggunakan tolok mampatan yang dipasang pada lubang palam pencucuh bagi setiap silinder. Setelah mengeluarkan palam pencucuh, pusingkan aci engkol dan periksa tahap mampatan pada setiap silinder. Jika tahap mampatan kurang daripada 10 bar, itu tandanya gelang omboh sudah haus dan akan menyebabkan enjin kekurangan kuasa serta memerlukan kerja baik pulih.

2. Kelajuan melahu dilaras tanpa mengikut buku panduan servis

Apabila melaras kelajuan enjin semasa melahu sentiasalah merujuk buku panduan servis. Contohnya, enjin Proton Saga 1.3liter, kelajuan melahu ialah 650-750 putaran per minit(ppm). Enjin Datsun, kelajuan melahu ialah 750 ppm.

3. Pemutus sentuh terbakar atau haus teruk

Apabila pemutus sentuh terbakar atau haus, voltan yang tinggi tidak dapat mengalir sepenuhnya melalui sentuh. Oleh itu, buka tukup pengagih, cabut kabel voltan daripada tukup pengagih dan buka suis pencucuh. Perhatikan sama ada terdapat bunga api melompat antara titik sentuh tersebut. Jika tiada bunga api antara titik sentuh, gantikan dengan titik sentuh yang baru. Kelegaan pemutus sentuh adalah antara 0.30-0.45 mm.


Model enjin

Kelegaan Palam pencucuh

Kelegaan pemutus sentuh


Proton saga

0.80 mm

0.35 mm


Toyota

0.80 mm

0.35 mm


Honda

0.80 mm

0.40 mm


Datsun

0.80 mm

0.35 mm


4. Minyak pelincir melebihi aras maksimum

minyak pelincir yang melebihi aras maksimum boleh menyebabkan aci engkol terlalu berat untuk berputar. Periksa aras minyak enjin menggunakan batang celup dan kurangkan jika perlu.

5. Palam pencucuh rosak

Jika terdapat palam pencucuh rosak, enjin akan beroperasi menggunakan dua atau tiga silinder palam sahaja. Untuk rawatan masalah ini, buka palam pencucuh dengan perengkuh palam pencucuh dan periksa keadaan elektrod tengah dan elektrod bumi. Jika terdapat kesan terbakar atau elektrod tengah terlalu pendek, gantikan palam pencucuh tersebut.

6. Enjin melahu terlalu laju

Periksa kelajuan melahu dengan penganalisis enjin atau takometer. Spesifikasi servis tentang kelajuan melahu iaitu antara 700-850 ppm. Kebanyakan kereta mempunyai meter kelajuan pada papan pemuka dan kelajuan enjin dapat dikesan melalui meter tersebut.

No comments: