FACEBOOK: ANIS SWEET CHOC

IlyaNis Rich

Friday, July 3, 2009

Pengenalan kereta


1. Sejak kenderaan direka pada penghujung abad ke-18, pelbagai perubahan teknologi telah dilakukan bagi memastikan kenderaan dapat beroperasi dengan lebih cekap, enjin lebih berkuasa dan mempunyai kelajuan yang maksimum.

2. Enjin yang dulunya dipasangkan dengan karburetor kini diubah kepada enjin yang menggunakan teknologi sistem pancitan bahan api elektronik (PBE). Sistem ini menggunakan meter aliran udara atau pendikit yang beroperasi melalui penderia elektronik dan mikrokomputer. Fungsinya adalah untuk memastikan enjin beroperasi dengan penggunaan bahan api yang lebih ekonomi dan kuasa pecutan yang optimum.

3. Jumlah penggunaan injap masuk yang pada awalnya hanya menggunakan satu injap masing-masing untuk saluran masuk dan saluran ekzos kini ditambahkan kepada dua atau tiga injap masuk pada setiap silinder. Pada silinder tersebut dipasangkan juga pengecas turbo semata-mata untuk menambahkan lagi kuasa sedut angin masuk dan mempercepat pembakaran di dalam kebuk pembakaran enjin dan meningkatkan lagi pecutan kenderaan.

4. Sekiranya berlaku kerosakan pada kenderaan, pemilik atau pengguna kereta seharusnya mengetahui tanda-tanda dan cara mengenali kerosakan atau diagnosis serta cara-cara mengatasi sebarang kerosakan tersebut setiap masa.

5. Terdapat banyak pemilik kereta membelanjakan sejumlah kos yang tinggi untuk menyenggara dan menservis kereta mereka pada setiap tahun. Untuk mengurangkan beban sedemikian, pemilik seharusnya berkebolehan mengenali tanda asas kerosakan pada kenderaan mereka supaya kos pembaikan dapat dikurangkan.

6. Next topik saya akan menyenaraikan jadual penyengaraan kenderaan untuk mingguan, 10,000 km, 20,000 km, dan 40,000 km.

No comments: